Sesi latihan perunding kewangan 17 April 2014

Assalamualaikum?

Alhamdulillah selesai solat isyak hari ini, tiba-tiba saya terasa ingin kongsikan beberapa gambar tentang sesi latihan di agency yang telah berlansung 17 april 2014.

IMG-20140417-WA0010

Setiap hari khamis 8.30pm-10.30pm adalah hari sesi saya melatih perunding kewangan. Walau penat sekali mana pun insyaallah saya akan cuba memberi yang terbaik.

20140417_205310Sikap positif sentiasa kami terapkan dalam agency. Tips dan skill dalam membuat presentation yang berkesan akan didedahkan kepada semua perunding kewangan.

20140417_211008

Syabas kepada semua perunding kewangan yang dapat menghadirkan diri dalam sesi latihan ini. Semoga anda semua bersemangat.

IMG-20140417-WA0009

Kepada yang masih berminat untuk menceburkan diri dalam bidang perunding kewangan, saya amat mengalu-alukan. Dengan kehadiran lebih ramai perunding kewangan akan dapat membantu lebih ramai orang tentang pengurusan kewangan.

zul_great_button_sertai_kami_green

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , | Leave a comment

Saya Sijil Takaful Anda

Assalamualaikum?

Saya Sijil Takaful Anda.

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

Sekarang ini, anda sedang melaksanakan tugas anda – menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya demi tahun.

Sijil Takaful

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian dari pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, (hanya Allah sahaja yang mengetahui bila) anda dan saya mungkin bertukar tempat.

Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas – untuk menyambung dan menyempurnakan tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang disayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepada anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukan.

Apabila tugas anda telah selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti, dan melalui saya, cinta anda terhadap keluarga akan tetap menyerlah.

Setiap kali anda rasakan harga yang anda carumkan untuk menyimpan saya sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih baik untuk anda dan keluarga anda daripada apa yang anda lakukan untuk saya.

Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.

Yang Benar,

Sijil Takaful.

—————————————————————

Ingin mencari Pelan Takaful yang bersesuai dengan anda?

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , , | Leave a comment

Derita seorang isteri.

Tidak ramai yang terfikir bagaimana untuk menguruskan harta sepeninggalan mereka di dunia ini. Al-maklumlah sibuk dengan urusan kerja dan urusan harta dunia.

Adakah wang tunai, rumah, simpanan KWSP yang ditinggalkan cukup untuk isteri meneruskan kehidupan bersama anak-anak tercinta?

Perebutan harta diantara anak, isteri dan para waris juga pernah di dengari ceritanya. Kenapa ianya berlaku?

rumah tanda soal

Harta peninggalan suami bukanlah hak mutlak isteri dan anak-anak. Harta pusaka dalam Islam boleh dituntut oleh Ibu dan bapa 1/6, Isteri 1/8, Anak Perempuan 1 bahagian, anak lelaki 2 bahagian, serta adik beradik lelaki dan perempuan si mati sekiranya si mati tidak mempunyai anak lelaki.

Dengan itu, isteri si mati tidak boleh mendakwa rumah pusaka peninggalan suaminya adalah hak milik mutlak dia dan anak-anaknya sahaja. Jika ini berlaku bermakna dia menafikan hak ibu dan bapa mertua serta ipar duainya itu. Dalam kes ini, si isteri tersebut boleh dianggap mengambil hak orang lain secara batil.

Mengikut undang-undang Probate and Administration 1952, Apabila berlaku kematian semua harta si mati dibekukan.  Tujuan pembekuan ini adalah untuk membenarkan proses undang-undang berjalan seperti untuk menyelesaikan semua hutang piutang si mati jika ada dan proses pembahagian harta pusaka itu sendiri.

Segala proses ini memakan masa minimum satu tahun dan berkemungkinan lebih lama. Maka disinilah ujian dikalangan ahli keluarga dalam menyelesaikan pertikaian yang sering terjadi.

Akibatnya, isteri dan anak-anak akan terbeban dan menderita sementara undang-undang membekukan harta si mati. Si Isteri mungkin bernasib baik sekiranya terdapat harta lebihan selepas pembayaran hutang-piutang si suami.

isteri berdoa

Bagaimana masalah ini boleh dielakkan?

Wujudnya skim Takaful boleh membantu isteri kerana Takaful boleh menyediakan TUNAI dengan kadar segera kerana Takaful tertakluk di bawah akta Takaful di mana polisi takaful tidak akan dibekukan.

Apa yang patut dilakukan oleh Isteri?

Si suami membentuk harta pusaka wang tunai melalui Skim takaful dan HIBAH kan kepada Isteri, anak-anak atau pada sesiapa sahaja mengikut peratusan yang dikehendaki dan mengikut kemahuannya sendiri.

Insyaallah dengan mendapat tunai dalam masa singkat dari skim Takaful dapat melapangkan masalah kewangan keluarga itu.

Tanggungjawab ini bukan sesuatu yang ringan, ianya perlu dirancang
bermula dari sekarang kerana mati itu pasti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

RM 40k… Kaki di masukkan besi akibat kemalangan.

Beliau telah membiayai kos rawatan ini mencecah RM40k selama 2 tahun. Beliau terpaksa mengambil cuti dari bekerja dalam tempoh yang lama. Kemalangan motosikal melanggar divider jalan sehingga kini menghantui hidupnya. Itulah serba sedikit perkongsian beliau kepada saya tadi. Beliau, Pesakit di PPUKM.

PhotoGrid_1394260811243Apabila saya bertanya siapa yang membayar semua kos ini. Beliau memberitahu menggunakan semua duit simpanan yang ada. Kini wang simpanan itu hampir habis dan beliau sendiri tidak tahu bagaimana selepas ini.

PhotoGrid_1394260716325Saya mendoakan moga beliau cepat sembuh. Amin…

Sebenarnya perancangan kewangan adalah penting. Salah satu perkara yang perlu difikirkan adalah Takaful. Rasanya masih ramai yang tidak memiliki Pelan Takaful. Ada juga yang masih melengah-lengahkan untuk memiliki Pelan Takaful.

Sebagai Pakar Perunding Takaful, Saya sentiasa memberi pendedahan tentang kepentingan Takaful. Sekiranya tidak mampu untuk bekerja akibat lumpuh dan perlu menanggung kos rawatan hospital yang meningkat pasti memberikan tekanan. Setidak-tidaknya Pelan Takaful dapat membantu meringankan beban yang ditanggung.

Pelan Takaful yang selalu saya cadangkan kepada pelanggan adalah yang mempunyai manfaat :

  1. Medical Card (Limit seumur hidup RM 1.2 Juta)
  2. 36 Penyakit Kritikal
  3. Kemalangan
  4. Kecacatan Kekal
  5. Khairat Kematian & Manfaat Ihsan
  6. Pulangan Pelaburan

Pasti ramai yang ingin tahu berapa caruman bulan untuk Pelan Takaful seperti ini. Quotation Pelan Takaful akan mengikut umur, kelas kerja, jantina dan status merokok.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , | Leave a comment

Pesakit Mula Bertanya

Assalamualaikum?

Saya ingin kongsikan lagi pengalaman-pengalaman yang di lalui di PPUKM. Ketika ini saya masih lagi menjaga abang Wan (abang saya) yang menjalani pembedahan kaki. Saya telah ditanya oleh seorang uncle yang merupakan pesakit berhadapan katil abang Wan.

Uncle : You tak kerja ke? Hari-hari mari sini jaga abang you.

Zul : Saya ada kerja.

Uncle : Tengah hari you ada sini. Petang dan malam pun you ada sini.

Zul : Saya adalah Pakar Perunding Takaful. Saya membantu memberi khidmat nasihat tetang perancangan kewangan. Target saya membantu lebih ramai orang islam merancang kewangan melalui takaful. Saya bekerja mengikut masa sendiri dan tidak perlu masuk office untuk punch card. Ada sesiapa mahu kerja macam saya?

 
zul_great_button_sertai_kami_green
 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , | Leave a comment

Di Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM)

Assalamualaikum semua.

Saya ingin kongsikan sesuatu sewaktu berada di kantin PPUKM. Saya sempat bersembang dengan Ali.

Zul : Dari mana ni bang?

Ali : Dari Perak, datang sini bawa ibu.

Zul : Ibu sakit apa?

Ali : Sakit buah pinggang. Ini nak masuk wad.

Zul : Oic… Pukul berapa datang tadi?

Ali : Dari 9 pagi hingga 6.45 petang ni tak dapat masuk wad lagi.

Zul : Kena sabar. Abang saya tempoh hari dari pukul 2 petang hingga 11.30 malam baru dapat masuk wad.

Saya melihat sedih kepada ibu Ali. Beliau terpaksa duduk kerusi roda terlalu lama sebelum mendapatkan tempat di wad. (Ali bukan nama sebenar).

——————————————————————————————-

Mungkin disebabkan kepadatan pesakit menyebabkan jadi begini. Tunggu terlalu lama menguji kesabaran pesakit. Mata yang memandang tak sampai hati. Pilihan altenatif adalah Hospital Pakar swasta dengan menggunakan manfaat takaful perubatan jika ada.

Bagi mendapatkan pakej takaful perubatan sila klik butang “saya berminat!”:

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Serah sijil badal haji pertama.

Tepat pukul 8.30pagi saya telah tiba di petronas Kg. Pasir (MRR2). Saya menunggu kehadiran beberapa orang kawan perunding Great Eastern Takaful. Kami berlima berkumpul dengan tujuan untuk menziarahi dan menyampaikan sijil badal haji pertama kepada waris keluarga pemilik pelan I-Great Amal.

Setibanya di tesco rawang kami berhenti minum di kedai mamak. Selang 10 minit kehadiran kereta Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful. Kami terus bersama-sama menuju ke rumah waris keluarga pemilik pelan I-Great Amal.

Serah sijil badal haji

Tibanya di destinasi kami sempat bertanyakan perkhabaran keluarga waris. Sebagai perunding Great Eastern Takaful, kami berasa amat bersyukur kerana dapat membantu keluarga waris.

Serah sijil badal haji2I-Great Amal adalah satu pelan yang unik direka untuk memastikan ibadah badal haji dilaksanakan bagi pihak pemilik sijil takaful yang telah meninggal dunia. Pelan yang eksklusif ini juga menggalakkan umat islam untuk mengerjakan ibadah dengan ketenangan, disamping mendapat perlindungan berganda serta mempunyai elemen simpanan semasa melakukan haji dan umrah.

Antara manfaat eksklusif yang terkandung dalam Pelan I-Great Amal

  1. Manfaat berganda ketika anda mengerjakan Haji / Umrah
  2. Manfaat  Ihsan
  3. Tunai untuk mengerjakan haji / Umrah
  4. Badal Haji
  5. Manfaat Adha
  6. Peroleh ganjaran apabila sijil matang
  7. Dapatkan ganjaran dengan lebihan pengunderitaan dan keuntungan pelaburan
  8. Nikmati pelepasan cukai

Jumlah minima bagi pelan ini adalah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Caruman adalah berdasarkan Umur, Jantina dan status merokok orang yang dilindungi. Untuk mendapat penerangan lebih terperinci sila hubungi :

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Usahawan baru menyertai agency saya.

Assalamualaikum?

Hasliza baru menyertai agency saya. Beliau yang bekerja di dalam bidang hartanah ketika ini membuat keputusan untuk menyertai agency saya sebagai perunding kewangan. Tahniah saya ucapkan.

20140116_210726Hasliza menandatangani kontrak.

20140116_210712Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan dari ahli kumpulan saya juga merupakan sesuatu yang amat dihargai. Sokongan dari kumpulan memang tidak dinafikan, ia amat penting.

20140116_210946Niat hati saya ingin membantu lebih ramai bumiputra menyertai bidang ini. Bidang ini memang boleh menjana pendapatan lumayan.

20140116_210904Kerajinan dan displin amat penting. InsyaAllah latihan akan diberikan kepada usahawan-usahawan yang menyertai kumpulan saya. Biasanya khamis malam kami akan mengadakan latihan.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , | Leave a comment

2014 Head Start

Head Start adalah salah satu seminar yang diadakan setiap awal tahun. Ia bertujuan memberi semangat baru kepada semua perunding takaful GET. Kali ini Seminar Head Start Great Eastern telah diadakan pada 16 jan 2014 di PICC putrajaya.

20140116_131241

Di dalam seminar ini banyak berita tentang industri insurans dan takaful di war-warkan. CEO dan pihak pengurusan Great Eastern juga turut hadir.

Hadiah melancong juga ditawarkan kepada Agent. Ianya menambah semangat untuk terus berusaha dalam industri ini.

Ses 5Antara lokasi pelancongan yang di tawarkan hadiah :

SES 5

  • Phuket, Thailand,

Supremacy 2014

  • Elite – Taipei, Taiwan.
  • Premier – Tokyo, Japan.
  • Excellence – Venice & Milan, Italy.

Lagi banyak yang dapat dibantu memiliki Takaful. Hadiah melancong juga disediakan percuma.

Semoga Tahun 2014 ini memberi kekuatan untuk saya bantu lebih ramai orang memahami kepentingan Takaful

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , | Leave a comment

Great Eastern Takaful Best Takaful Operator Asia 2013

great-eastern-terbaik-2013

Great Eastern Takaful baru ditubuhkan dalam tempoh 3 tahun. Saya berasa syukur kerana menjadi Pakar Perunding Takaful dan mewakili Great Eastern Takaful. Dengan usia yang semuda itu Great Eastern Takaful memperolehi pelbagai anugerah demi anugerah yang bertaraf antarabangsa..

Pada 2013 Great Eastern Takaful telah menerima pengiktirafan sebagai Best Takaful Operator Asia. Ini membuktikan Great Eastern Takaful sentiasa memperbaiki mutu dan kualiti. Pemegang anugerah sebelum ini pada 2012 adalah Prudential BSN Takaful.

Sehubungan dengan ini masih ramai yang tidak mengetahui tentang penganugerahan Best Takaful Operator Asia 2013 adalah milik Great Eastern Takaful. Saya percaya lambat laun informasi ini akan tersebar luas.

Dengan adanya anugerah bertaraf antarabangsa begini, ia memberi keyakinan yang kuat kepada ramai pelanggan diluar sana. Great Eastern Takaful juga sentiasa menawarkan plan-plan yang terbaik kepada pelanggan.

Disini saya amat-amat mengalu-alukan kepada bakal-bakal usahawan yang ingin menyertai kerjaya Perunding Takaful supaya menyertainya bersama saya.

Tidak ketinggalan kepada para pelanggan yang ingin mendapat pelan-pelan perlindungan / simpanan dari Great Eastern Takaful boleh hubungi :

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , , , | Leave a comment