Assalamualaikum?
Hasliza baru menyertai agency saya. Beliau yang bekerja di dalam bidang hartanah ketika ini membuat keputusan untuk menyertai agency saya sebagai perunding kewangan. Tahniah saya ucapkan.
Hasliza menandatangani kontrak.
Semangat dan kerjasama yang ditunjukkan dari ahli kumpulan saya juga merupakan sesuatu yang amat dihargai. Sokongan dari kumpulan memang tidak dinafikan, ia amat penting.
Niat hati saya ingin membantu lebih ramai bumiputra menyertai bidang ini. Bidang ini memang boleh menjana pendapatan lumayan.
Kerajinan dan displin amat penting. InsyaAllah latihan akan diberikan kepada usahawan-usahawan yang menyertai kumpulan saya. Biasanya khamis malam kami akan mengadakan latihan.