Saya Sijil Takaful Anda

Assalamualaikum?

Saya Sijil Takaful Anda.

Anda dan saya mempunyai tujuan dan matlamat yang sama di dunia ini.

Sekarang ini, anda sedang melaksanakan tugas anda – menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal untuk yang tersayang. Selain itu anda juga menyediakan pendidikan, kesihatan dan kebajikan kepada mereka. Anda menyediakan semua ini dan seterusnya. Sementara itu saya sedang lena di dalam peti simpanan anda yang teguh, mengumpul segala tenaga dan meningkatkan nilaian saya demi tahun.

Sijil Takaful

Saya mempunyai penuh kepercayaan dan keyakinan terhadap anda. Anda menggunakan sebahagian dari pendapatan anda sebagai harga untuk menyimpan saya. Dengan kehendak dan keizinan Allah diharapkan semoga tidak ada sesuatu pun yang akan menimpa anda.

Ketika ini, apabila kehidupan berjalan lancar dan pelayaran di air yang tenang, saya seolah-olah tiada gunanya bagi anda sebagaimana keadaan sampan penyelamat tergantung di atas kapal penumpang yang besar. Tetapi suatu hari, (hanya Allah sahaja yang mengetahui bila) anda dan saya mungkin bertukar tempat.

Apabila anda disemadikan dengan aman, saya akan bangkit dengan pantas – untuk menyambung dan menyempurnakan tugasan yang telah anda mulakan. Saya akan terus menyediakan makanan, pakaian dan tempat tinggal yang masih diperlukan oleh mereka yang disayangi. Saya juga akan menyediakan pendidikan kepada anak tersayang sebagaimana cita-cita anda selama ini. Kesihatan dan kebajikan yang anda sediakan untuk isteri tersayang tidak akan terhenti secara tiba-tiba, lebih-lebih lagi di saat mereka benar-benar memerlukan.

Apabila tugas anda telah selesai, tugas saya baru bermula. Melalui saya, tangan anda akan terus berbakti, dan melalui saya, cinta anda terhadap keluarga akan tetap menyerlah.

Setiap kali anda rasakan harga yang anda carumkan untuk menyimpan saya sebagai satu bebanan, cubalah ingat bahawa saya akan melakukan lebih baik untuk anda dan keluarga anda daripada apa yang anda lakukan untuk saya.

Jika anda melaksanakan tanggungjawab anda, saya akan melaksanakan tanggungjawab saya.

Yang Benar,

Sijil Takaful.

—————————————————————

Ingin mencari Pelan Takaful yang bersesuai dengan anda?

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Advertisements
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.