Derita seorang isteri.

Tidak ramai yang terfikir bagaimana untuk menguruskan harta sepeninggalan mereka di dunia ini. Al-maklumlah sibuk dengan urusan kerja dan urusan harta dunia.

Adakah wang tunai, rumah, simpanan KWSP yang ditinggalkan cukup untuk isteri meneruskan kehidupan bersama anak-anak tercinta?

Perebutan harta diantara anak, isteri dan para waris juga pernah di dengari ceritanya. Kenapa ianya berlaku?

rumah tanda soal

Harta peninggalan suami bukanlah hak mutlak isteri dan anak-anak. Harta pusaka dalam Islam boleh dituntut oleh Ibu dan bapa 1/6, Isteri 1/8, Anak Perempuan 1 bahagian, anak lelaki 2 bahagian, serta adik beradik lelaki dan perempuan si mati sekiranya si mati tidak mempunyai anak lelaki.

Dengan itu, isteri si mati tidak boleh mendakwa rumah pusaka peninggalan suaminya adalah hak milik mutlak dia dan anak-anaknya sahaja. Jika ini berlaku bermakna dia menafikan hak ibu dan bapa mertua serta ipar duainya itu. Dalam kes ini, si isteri tersebut boleh dianggap mengambil hak orang lain secara batil.

Mengikut undang-undang Probate and Administration 1952, Apabila berlaku kematian semua harta si mati dibekukan.  Tujuan pembekuan ini adalah untuk membenarkan proses undang-undang berjalan seperti untuk menyelesaikan semua hutang piutang si mati jika ada dan proses pembahagian harta pusaka itu sendiri.

Segala proses ini memakan masa minimum satu tahun dan berkemungkinan lebih lama. Maka disinilah ujian dikalangan ahli keluarga dalam menyelesaikan pertikaian yang sering terjadi.

Akibatnya, isteri dan anak-anak akan terbeban dan menderita sementara undang-undang membekukan harta si mati. Si Isteri mungkin bernasib baik sekiranya terdapat harta lebihan selepas pembayaran hutang-piutang si suami.

isteri berdoa

Bagaimana masalah ini boleh dielakkan?

Wujudnya skim Takaful boleh membantu isteri kerana Takaful boleh menyediakan TUNAI dengan kadar segera kerana Takaful tertakluk di bawah akta Takaful di mana polisi takaful tidak akan dibekukan.

Apa yang patut dilakukan oleh Isteri?

Si suami membentuk harta pusaka wang tunai melalui Skim takaful dan HIBAH kan kepada Isteri, anak-anak atau pada sesiapa sahaja mengikut peratusan yang dikehendaki dan mengikut kemahuannya sendiri.

Insyaallah dengan mendapat tunai dalam masa singkat dari skim Takaful dapat melapangkan masalah kewangan keluarga itu.

Tanggungjawab ini bukan sesuatu yang ringan, ianya perlu dirancang
bermula dari sekarang kerana mati itu pasti.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Advertisement

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.