Liam Percepat Bayaran Pampasan

Assalamualaikum?

Di dalam presentation saya kepada prospek. Ada saya tanyakan soalan. Jika Tuan prospek dihantar kerja selama sebulan outstation berapa banyak wang tuan tinggalkan untuk keluarga? Kemudian mereka memberikan satu jumlah. Lalu saya tanya lagi, Jika tuan prospek outstation selama 6 bulan berapa pula? Lalu saya tanya lagi, Jika tuan prospek outstation dan tidak balik-balik selamanya bagaimana pula? Ramai prospek yang terkejut bila tanya begitu.

Tujuan saya tanya adalah semata-mata ingin mereka membuat perancangan kewangan. Salah satu perancangan kewangan yang segera dapat membantu jika berlaku musibah adalah melalui Takaful.

liam mh17

Lihat artikel surat khabar di atas. Liam amat perihatin mempercepatkan process claim kepada ahli keluarga yang terlibat dengan nahas MH17.  Ini adalah sesuatu yang amat bagus bagi meringankan beban ahli keluarga yang terlibat.

Jika anda masih belum membuat perancangan kewangan melalui Takaful / Insurans, saya cadangkan anda segerakan. Ingatlah orang yang tersayang.

zul_great_button_quotation

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Berita, Info | Tagged , , , | Leave a comment

Hari Raya Pertama Bantu Client Waded

Assalamualaikum?

Hari Raya pertama ramai di antara kita sibuk menzirahi sanak saudara. Saya juga turut menziarahi pakcik makcik dan saudara mara.

Di awal pagi saya menerima satu panggilan tel dari seorang pelanggan. Anak beliau tidak sihat dan ingin waded di KPJ kajang. Saya terus memberitahu prosedurenya. Saya juga follow up dengan hospital dan Great Eastern Takaful bagi mendapatkan GL dengan segera.

Admission GL

Alhamdulillah, beberapa jam selepas itu GL dari Great Eastern Takaful keluar. Saya dengan segera memaklumkan kepada pelanggan. Kini beliau anak menerima rawatan di Hospital KPJ Kajang. Moga anak pelanggan saya cepat sembuh. Amin

Kepada anda yang masih belum memiliki Pelan Takaful Perubatan ( Medical Card ) jangan menangguh lagi. Peristiwa hari perayaan ini siapa sangka kesihatan tidak dijamain. Saya sekadar berkongsi. Segerakan tindakan anda.

zul_great_button_quotation

 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Info | Tagged , , , , | Leave a comment

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum?

Esok menjelangnya hari raya. Sudah tentu ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Tetapi jangan lupa pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan yang baik. Sikap bersabar dalam memandu adalah amat penting. Rancang perjalanan anda dan berhati-hati di jalan raya.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam. Saya juga memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan gembira.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Home | Tagged , , | Leave a comment

Mercun Membawa Padah

Assalamualaikum?

Dalam kesibukan kita menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. Ingin saya ceritakan sedikit tentang kisah kesederan. Ianya adalah pengalaman saya sendiri.

Semasa zaman kanak dahulu saya pernah menjadi mangsa bermain mercun. Baju saya terbakar mengakibatkan kulit badan saya melecur. Ini semua gara-gara bermain mercun. Sehingga kini parut kesan melecur di badan saya masih ada.

kartun mercun

Kepada ibubapa di luar sana sila-sila pantau anak anda. Moga apa yang terjadi kepada saya tidak berlaku kepada orang lain.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Info | Tagged , , , | Leave a comment

Berita Sedih MH17

Assalamualaikum?

Baru-baru ini peristiwa MH17 amat menyedihkan. Pesawat MAS Boing 777-200 dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur jatuh terhempas.

MH17 penuh

Pesawat MH17 itu ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, Khamis lalu 17 July2014.

MH17

Seramai 298 penumpang termasuk 29 rakyat Malaysia dan 15 Kru terbunuh dalam kejadian itu. Semua penumpang dan Kru terbunuh dalam kejadian itu.

kepak MH17

Saya mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat. Saya juga berdoa agar semua yang terkorban dapat disemadikan dengan baik. Semoga roh mereka tenang dan aman.

 

Mohd Zulkiffli Mohd Nur

Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Berita | Tagged , , , | Leave a comment

Iftar Ramadhan bersama kumpulan saya

Assalamualaikum? Pada 11 july 2014 saya dan kumpulan saya menghadiri majlis berbuka puasa di Hotel Sri Petaling. Ia merupakan satu aktiviti yang kami buat setiap tahun. Disamping sibuk dengan urusan membantu orang ramai dalam membuat perancangan kewangan melalui Takaful. Kami tetap membahagikan masa untuk beribadah, berdoa dan berbuka bersama.

20140711_205239(0)

Terima Kasih juga kepada kawan-kawan mandarin yang turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa

20140711_205009

Kami juga ada membuat cabutan bertuah ketika majlis berbuka puasa ini. Semua perunding kewangan amat gembira. Nampak gelak tawa mereka.

20140711_202837

Kami juga ada berbincang sesama sendiri tentang perancangan kewangan.

20140711_202844

Isteri tercinta juga turut hadir bersama-sama memberi sokongan kepada kumpulan saya.

Saya masih membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk memasuki kumpulan saya dan bersama-sama berjuang dalam industri kewangan islam.

zul_great_button_sertai_kami_green

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

 

Posted in Home | Leave a comment

Adakah perlu Medical Check Up nak apply Takaful?

Assalamualaikum? Saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman menguruskan permohonan Takaful pelanggan.

Saya ada menerima pertanyaan “Adakah perlu melakukan Medical Check Up sewaktu membuat permohonan Takaful?”

Melalui Pengalaman saya, Setiap Syarikat Takaful mempunyai prosedure yang tersendiri dalam menentukan kelayakan pelanggan yang perlu menjalani Medical Check Up.

Ini adalah antara sebab yang saya tahu kenapa pelanggan perlu menjalani Medical Check :

  • Sum Cover yang tinggi.
  • Tinggi dan berat badan yang tidak seimbang.
  • Mempunyai sejarah penyakit sebelum ini.
  • Pernah menjalani pemeriksaan/rawatan yang terperinci untuk sebarang penyakit sebelum ini.
  • Berkait dengan faktor umur dan pekerjaan pelanggan.

Saya sarankan adalah baik mengambil Pelan takaful sewaktu usia muda. Ini kerana pada usia muda kebanyakan orang berada pada tahap kesihatan yang baik. Dan sekaligus memudahkan proses kelulusan permohonan Takaful.

Sekiranya diminta untuk melakukan Medical Check Up sewaktu usia muda peluang untuk result keputusan Check Up yang memuaskan amat tinggi berbanding membuat Medical Check pada usia tua.

Nah sekarang jangan berlengah lagi. Masa tidak menunggu anda dan risiko sentiasa ada. Saya sekadar mengingatkan.

zul_great_button_quotation

 

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Home, Info | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Mengapa Education + Medical Pelan sangat penting untuk anak yang tersayang?

Assalamualaikum?

Disini saya ingin kongsikan mengapa Education + Medical Pelan sangat penting untuk anak yang tersayang?

Melalui pendapat peribadi saya, kedua-dua pelan ini sangat penting. Sebagai ibubapa pasti ingin memberi yang terbaik kepada anak yang tersayang. Jika ibubapa tidak merancang sejak dari awal kelahiran anak siapa lagi yang akan memikirkan masa depan anaknya? Saya selalu tekankan ibabapa mesti menabung untuk anak yang tersayang.

Saya ceritakan sedikit perlajalan bagi membuka minda secara besar :

Anak Lahir, Kemudian Sekolah Rendah, Kemudian Sekolah Menengah, Kemudian Universiti, Kemudian Bekerja dan seterusnya…..

Nampak tak ianya adalah satu tempoh yang panjang dari anak lahir sehingga anak itu mula bekerja. Jika menyimpan satu jumlah yang tetap dalam satu tempoh yang panjang pasti jumlah terkumpul akan banyak. Dan ia boleh digunakan sebagai dana Education untuk yang tersayang.

2014-07-16 15.39.47

Pn.Marina mengambil Pelan Education + Medical untuk anak kesayangannya.

Setujukan jika saya katakan hadiah yang paling bermakna dari ibubapa kepada anak adalah education?

Apabila anak ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti pasti memerlukan wang. Maka disini pentingnya perancangan dari awal. Ada pelbagai tempat menyimpan yang boleh dipilih oleh ibubapa untuk menyimpan wang bagi masa depan anak. Antaranya Bank, Asb, Fixed Deposit, Takaful dan lain-lain.

2014-07-16 15.42.08

En.Zikri mengambil Pelan Education + Medical untuk anak kesayangannya.

Disini ibubapa perlu bijak memilih dan menjalankan tabungan. Ibubapa boleh memilih lebih dari satu tempat untuk menyimpan. Salah satunya Takaful, Kenapa?

Dengan Pelan Takaful ibubapa dapat menyediakan dua dalam satu. Iaitu Pelan Education dan Medical. Disamping menabung untuk Education manfaat Medical diberikan. Ianya melindungi kos hospital jika anak yang tersayang berlaku sebarang penyakit atau musibah. Ini kan bagus. Jika tidak memiliki Medical Pelan sudah tentu ibabapa perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi merawat anak kesayangan. Tambahan pula dari anak lahir hingga beliau berkerja adalah satu tempoh yang lama. Dan susah kita nak jamin yang kesihatan sentiasa terjamin.

Manfaat simpanan percuma juga diberikan dalam Pelan ini. Ianya melindungi ibubapa kepada tiga perkara iaitu Meninggal Dunia, Kecacatan Kekal atau 36 penyakit kritikal. Sekiranya berlaku kepada ibubapa maka Pelan ini menjadi percuma (Caruman menjadi percuma) dan segala manfaat yang ada dlm pelan akan diteruskan termasuk dana Education akan tersedia dalam tempoh masa tertentu.

Ada lagi manfaat lain dalam Pelan ini? Memang ada. Jika berminat untuk mengetahui tetang Pelan ini boleh hubungi saya.

zul_great_button_quotation
 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Home, Info | Tagged , , , , | Leave a comment

Kisah Teladan: Di Sebuah Hospital

 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Info, Video | Tagged | Leave a comment

Penipuan semasa membeli sijil takaful.

Assalamualaikum? Disini saya ingin coretkan satu info yang saya rasa penting dan perlu diketahui oleh pelanggan yang ingin membeli Takaful.

Baiklah saya ringkaskan penceritaan begini. Sewaktu pelanggan ingin membeli Takaful, Beliau perlu mendedahkan tetang status keadaan kesihatannya. Ejen Takaful pula perlu memberitahu pelanggan kenapa pentingnya pendedahan ini.

Sebagai ejen Takaful yang berpengalaman saya mempunyai teknik dan cara tersendiri untuk mendapatkan info ini dari pelanggan dan sekaligus pelanggan akan mengetahui kenapa pentingnya pendedahan ini. Biasanya saya akan bertanya begini :

1) Adakah Tuan/Puan mempunyai sebarang penyakit?

2) Pernahkah Tuan/Puan sakit atau kemalangan dan di masukkan ke hospital? Jika ya. Akan ada soalan susulan. Sakit apa? Hospital mana? Bila? Apa rawatan yang doktor berikan? Adakah sakit itu telah sembuh sekarang? Saya juga akan meminta salinan report doktor jika beliau ada menyimpan.

3) Sejarah keluarga Tuan/Puan ada mengidap sebarang penyakit?

Semua pertanyan itu dengan penuh intonasi suara dan gerak badan yang baik. Supaya perbualan dengan pelanggan mesra. Tidaklah terlalu nampak terlalu serius. Kemudian saya akan masukan cerita pihak ketiga. Begini ceritanya :

Dulu kawan saya pernah mengalami satu kes penipuan dari seorang pelanggan yang membeli sijil Takaful. Semasa membeli sijil takaful, pelanggan itu menyatakan tahap kesihatannya semua sihat belaka. Lalu permohonan sijil takafulnya lulus. Selepas setangah tahun tiba-tiba pelanggan itu Claim (tuntutan) kerana sakit jantung. Lalu syarikat Takaful menjalankan siasatan dan mendapati pelanggan itu telah mengidap penyakit jantung sebelum memiliki sijil Takaful. Lalu kelulusan Claim (tuntutan) itu gagal.

Tujuan saya menceritakan kisah pihak ketiga ini kepada pelanggan kerana tidak mahu beliau menipu sewaktu membeli sijil takaful dan sekali gus pelanggan akan tahu risiko jika beliau memberi informasi palsu kepada saya.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Info | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment