Serah sijil badal haji pertama.

Tepat pukul 8.30pagi saya telah tiba di petronas Kg. Pasir (MRR2). Saya menunggu kehadiran beberapa orang kawan perunding Great Eastern Takaful. Kami berlima berkumpul dengan tujuan untuk menziarahi dan menyampaikan sijil badal haji pertama kepada waris keluarga pemilik pelan I-Great Amal.

Setibanya di tesco rawang kami berhenti minum di kedai mamak. Selang 10 minit kehadiran kereta Ketua Pegawai Eksekutif Great Eastern Takaful. Kami terus bersama-sama menuju ke rumah waris keluarga pemilik pelan I-Great Amal.

Serah sijil badal haji

Tibanya di destinasi kami sempat bertanyakan perkhabaran keluarga waris. Sebagai perunding Great Eastern Takaful, kami berasa amat bersyukur kerana dapat membantu keluarga waris.

Serah sijil badal haji2I-Great Amal adalah satu pelan yang unik direka untuk memastikan ibadah badal haji dilaksanakan bagi pihak pemilik sijil takaful yang telah meninggal dunia. Pelan yang eksklusif ini juga menggalakkan umat islam untuk mengerjakan ibadah dengan ketenangan, disamping mendapat perlindungan berganda serta mempunyai elemen simpanan semasa melakukan haji dan umrah.

Antara manfaat eksklusif yang terkandung dalam Pelan I-Great Amal

  1. Manfaat berganda ketika anda mengerjakan Haji / Umrah
  2. Manfaat  Ihsan
  3. Tunai untuk mengerjakan haji / Umrah
  4. Badal Haji
  5. Manfaat Adha
  6. Peroleh ganjaran apabila sijil matang
  7. Dapatkan ganjaran dengan lebihan pengunderitaan dan keuntungan pelaburan
  8. Nikmati pelepasan cukai

Jumlah minima bagi pelan ini adalah RM50 sebulan atau RM600 setahun. Caruman adalah berdasarkan Umur, Jantina dan status merokok orang yang dilindungi. Untuk mendapat penerangan lebih terperinci sila hubungi :

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Advertisement

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.