Kisah Kepentingan Perancangan Takaful

Assalamualaikum? Pada 28/4/2015 saya menghantar Sijil Takaful Great Eastern Takaful kepada pelanggan En.Khai. Disamping saya memberi pencerahan tentang manfaat Plan Takaful En.Khai, Beliau menceritakan kepada saya satu kisah.

En.Khai menerima berita Continue reading

Posted in Artikel, Home | Tagged , , , , , | Leave a comment

Mati berhutang tidak masuk syurga.

Apakah orang yang mati syahid tidak dapat masuk syurga?

Sabda Rasulullah s.a.w :

“Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang”. Riwayat Muslim

Janganlah ambil mudah tentang hutang. Orang yang mati syahid juga tidak dapat masuk syurga disebabkan masih berhutang, bayangkan keadaan orang kebanyakkan yang tidak dapat menjelaskan hutang sebelum mati. Hutang wajib dibayar dan hutang tidak selesai dengan kematian orang yang berhutang.

business man with a dollar symbol

Sabda Rasulullah s.a.w.:

“Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan ALLAH, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, dia tetap tidak akan dapat masuk Syurga selagi hutangnya belum dijelaskan”. Riwayat An-Nasa’i

Perancangan kewangan yang baik dapat membantu dalam permasalahan hutang ini. Takaful dan wasiat adalah salah satu perancangan kewangan boleh dilakukan. Moga dengan perancangan kewangan sebagai usaha untuk membayar kembali hutang-hutang yang ada.

Saya kongsikan secara ringkas bagaimana Perancangan Kewangan Takaful dan Wasiat dapat membantu. Setiap Plan Takaful mempunyai nilai pampasan kematian. Nilai pampasan ini yang boleh di wasiatkan kepada pemuitang. Great Eastern Takaful adalah salah satu pengendali takaful yang menawarkan pelbagai Plan takaful yang terbaik.

Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Amin.

zul_great_button_quotation

Award GET

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Info | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Award S.T.A.R Gateway Great Eastern Takaful

Assalamualaikum? Saya berasa amat bersyukur kerana pada hari rabu lepas saya telah menerima Award S.T.A.R Gateway. Majlis Penerimaan Award ini berlansung di Hotel Equatorial Melaka. Setelah berusaha keras kejayaan ini diraikan.

20150402_074328

Award ini disampaikan oleh Datuk Kamaruddin Taib Chairman Great Eastern Takaful. Turut hadir sama CEO Great Eastern Takaful dan CEO Great Eastern Life.

PhotoGrid_1427875731624

IMG-20150401-WA0027

Tertera nama saya dalam senarai penerima Award S.T.A.R Gateway. Senarai nama ini adalah penerima Award seluruh Malaysia dari Great Eastern Takaful.

IMG-20150401-WA0033

Bersama Tuan CEO Great Eastern Takaful En.Zafri. Saya sempat berbual dengan beliau. Kami bertukar-tukar pendapat demi untuk memajukan syarikat Great Eastern Takaful.

20150401_163317

Sahabat baik saya En.Mohd Zaremi juga turut menerima Award S.T.A.R Gateway dari Great Eastern Takaful.

IMG-20150401-WA0089

IMG-20150401-WA0087

20150401_220225

20150401_220309

Disebelah malam kami dihidangkan dengan dinner yang sangat meriah. Bersyukur kepada Allah. Kepada anda diluar sana yang masih tercari-cari untuk menambah pendapatan, Saya amat menggalakkan anda mencuba bidang takaful ini. Modal yang minum untuk memulakan Biz Takaful. Modal Exam sebanyak Rm80.

zul_great_button_sertai_kami_green

Award GET

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Home | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Kos sehari masuk Hospital Pakar akibat demam.

Assalamualaikum?

Mari kita lihat kos duduk wad selama 1 hari sahaja di Hospital Pakar. Ini adalah bill sebenar kes seorang kanak yang mengalami Demam Panas. Alhamdulillah urusan claim ini berjaya saya bantu uruskan dan beliau telah sembuh.

Bill Client

Kos untuk sehari mencecah Rm 2181. Wow satu amount yang akan meragut poket anda jika tiada Perancangan Takaful dilakukan.

Apa yang saya ingin tekankan di sini kos Hospital makin meningkat setiap tahun. Maka kepada anda yang masih belum membuat perancangan untuk memiliki Medical Kad segerakan tindakan anda.

Perancangan Takaful perlu dilakukan sebelum anda memerlukannya. Sekiranya anda telah mengidap sebarang penyakit berkemungkinan permohonan takaful sukar untuk lulus. Ini yang saya maksudkan Perancangan Takaful perlu sebelum anda memerlukannya.

zul_great_button_quotation

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Home | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Apa kaitan ekonomi dangan industri takaful?

Assalamualaikum?

Tajuk diatas adalah satu perkara yang patut diketahui ramai. Apa yang saya ingin kongsikan disini adalah sedikit sebanyak perkara yang saya tahu.

Tahun 2015 ini adalah tahun yang agak mencabar. Harga minyak turun. Manakala kos barang tidak banyak yang turun. Bagaimana dengan gaji? Adakah gaji akan naik? Bagaimana dengan matawang ringgit? Adakah majikan akan mengurangkan pekerja? Harga hartanah melambung tinggi? Semua perkara-perkara ini jika difikir akan merisaukan.

Bila dilihat sejarah Ekonomi setiap 7 ke 10 tahun ada berlakunya kejatuhan ekonomi. Pusingan Ekonomi ini berulang dan mungkin berulang lagi. Risau juga bila dengar perkara ini. Sebabnya bila berlaku kejatuhan ekonomi akan ada ramai pekerja diberhentikan kerja kerana majikan ingin jimatkan kos. Bagaimana mereka ini untuk menyara keluarga dan kos kehidupan?

Saya ingin kongsikan tip kepada anda. Disinilah pentingnya mempunyai kekuatan kewangan. Insyaallah apabila anda mempunyai kekuatan kewangan tempias kepada apa sahaja yang berlaku kepada ekonomi anda dapat mengawal kewangan anda. Hutang-hutang dapat dibayar mengikut jadual.

Adakah anda sanggup rumah kesayangan di lelong? Adakah anda sanggup bank telefon setiap hari untuk pungut hutang? Kereta di tarik dan pelbagai lagi perkara. Semuanya akan mengacau emosi anda.

wang

Persoalannya bagaimana anda ingin membina kekuatan kewangan? Ingin saya tekankan tiada perkara yang senang. Mesti berdoa dan berusaha. Saya tak mahu ramai yang terlibat dengan skim cepat kaya.

Disinilah saya ingin menjemput anda di luar sana untuk membina perniagaan. Industri perniagaan yang saya bina adalah melalui industri takaful. Modal untuk mulakan pernigaan ini tidak tinggi. Saya menjemput insan yang bertanggungjawab, jujur, dan ingin berubah untuk menyertai kumpulan saya.

zul_great_button_sertai_kami_green

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Home, Info | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Peluang Kerjaya Takaful Bersama zulgreat.com

 
 
 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Info | Leave a comment

Meeting of lion 31 jan 2015

Assalamualaikum?

Pada 31 jan 2015 kumpulan saya iaitu Supreme Power telah mengadakan satu majlis yang kami namakan Meeting Of Lion. Kami adakan majlis ini adalah untuk memperkenalkan kumpulan kami.

Di dalam majlis ini, saya diberi peluang untuk berkongsi pengalaman susah payah dalam industri Takaful / insurans. Tujuan perkongsian ini adalah untuk memberi inspirasi tentang kejayaan.

IMG-20150131-WA0039

IMG-20150131-WA0044

IMG-20150131-WA0016

Di dalam majlis ini saya juga dianugerahkan Star Award untuk pencapaian dalam tahun lepas. Apa yang boleh saya katakan bukan senang nak jadi senang. Makin tinggi yang ingin dicapai makin hebat juga rintangannya. Kehadiran sahabat dan pelanggan-pelanggan amat saya hargai.

IMG-20150131-WA0061

20150201_065018

Saya juga ingin mempelawa individu yang ingin berubah untuk mempunyai kekuatan kewangan dan bersikap jujur untuk menyertai kumpulan saya. Insyaallah kami akan bantu anda dalam menjayakan biz takaful.

Adakah susah untuk buat biz takaful ini? Belum cuba belum tahu. Apabila anda melaluinya insyaallah kepintaran anda akan meningkat. Tanpa mencuba tiada sebarang result yang akan jadi.

zul_great_button_sertai_kami_green

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Home | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Bajet Takaful 2015

Assalamualaikum?

Pada tahun lepas berbagai-bagai cabaran di lalui oleh negara kita. Kejadian kapal terbang terhempas dan banjir di pantai timur amat menyedihkan. Saya berdoa agar pada tahun 2015 ini tiada sebarang musibah berlaku kepada negara kita.

Pada permulaan 2015 harga minyak dunia jatuh. Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi ekonomi negara, kerana sumber pendapatan negara ada juga datangnya dari minyak. Soal ekonomi ada kaitannya dengan bajet. Disini saya bukan ingin mengupas tentang bajet negara. Tetapi adakah anda telah membuat bajet peribadi? Jika YA bagus.

Bajet

Biasanya awal tahun majikan memberi bonus, dividen ASB keluar, dan mungkin ada kenaikan gaji / pendapatan. Adakah anda telah tetap bajet bagi Takaful? Takaful juga adalah salah satu program perancangan kewangan yang penting.

Saya selalu mencadangkan kepada pelanggan agar bajet untuk takaful adalah 10% dari gaji. Melalui pengalaman saya ada juga individu yang membuat 5% dari gaji untuk Takaful. Tiada salah atau betul berapa peratus bajet takaful yang di tetapkan oleh seseorang. Yang penting bajet telah di tetapkan.

Apa yang menyedihkan, ada juga yang langsung tidak menetapkan sebarang bajet untuk Takaful. Pelbagai alasan diberi. Mungkin hati mereka belum terbuka atau mereka belum memahami kebaikan plan Takaful.

Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari seseorang. Beliau ingin membuka plan Takaful untuk dirinya. Bila saya selidiki beliau telah mempunyai masalah jantung. Apa yang terjadi dengan permohonan Takaful orang ini? Permohonannya ditolak oleh syarikat. Inilah penting kesedaran Takaful di peringkat awal. Kalau boleh sejak lahir lagi ibu bapa telah mengambil Takaful bagi anaknya.

Kepada yang ingin mengambil takaful boleh juga memohon quotation dari saya

zul_great_button_quotation

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , | Leave a comment

Head Start 2015

Assalamualaikum? Lama juga saya tidak update blog ini berikutan agak sibuk di hujung tahun 2014. Semalam saya menhadiri seminar Head Start 2015. Seminar ini memberi semangat baru 2015.

IMG-20150115-WA0033 (2)

IMG-20150115-WA0019 (2)

IMG-20150115-WA0026 (2)

Tahun 2014 adalah tahun yang mencabar bagi saya. Banyak cabaran yang dilalui. Bagi Company Great Eastern sales meningkat dan mencecah >Rm10 Juta. Ia satu pencapaian yang bagus. Manakala penambahan agent melayu dalam Great Eastern meningkat sebanyak 40%. Sangat meberansangkan.

IMG-20150115-WA0037 (2)

Dengan ini saya mengalu-alukan sesiapa yang berminat untuk menyertai kerjaya dalam perunding takaful untuk menyertai kumpulan saya.

zul_great_button_sertai_kami_green

Oh ye pada 31 jan 2015 ini kumpulan saya akan menganjurkan seminar yang di namakan Meeting of Lion. Seminar ini untuk memperkenalkan kumpulan saya. Anda akan mendapat informasi cara untuk menambah pendapatan. Semua dijemput hadir. Hubungi saya untuk kehadiran. Lokasi seminar : Menara Great Eastern, 12pm

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Berita | Tagged , , , , , | Leave a comment

Celik Wang Celik Takaful

Assalamualaikum? Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang tajuk diatas. Untuk mendapatkan kupasan penuh tentang tajuk ini, teruskan pembacaan anda hingga ke akhir artikal ini.

Celik Wang dan Celik Takaful apa kaitannya? Jika saya ingin kupas tetang perkara Celik Wang ia merangkumi banyak subjek perancangan kewangan. Perkongsian saya disini dengan memberi contoh bagaimana berhadapan masalah kewangan.

Apabila berlaku masalah kewangan kebiasaannya ia melibat perbelanjaan melebihi pendapatan. Ada beberapa cara bagi memperbaiki masalah kewangan ini dengan bertindak melakukan langkah :

  • Mengurangkan perbelanjaan
  • Menambah pendapatan

Dengan melakukan pengurangan perbelajaan dan menambah pendapatan secara serentak ia dianggap langkah yang baik. Persoalannya bagaimana ingin mengurangkan perbelajaan, sedangkan segala perbelanjaan itu tidak dapat dikurang lagi. Ianya disebabkan sebelum ini telah banyak loan yang dibuat. Loan peribadi, Loan kereta, Loan rumah, Credit card dan berbagai-bagai lagi perbelanjaan. Macam mana nak potong hutang-hutang ini? Maka langkah menambah pendapatan adalah caranya. Mahu tak mahu melakukan kerja lebih masa, kerja part time dan berniaga adalah merupakan cabang pilihan.

Ramai yang membatal sijil takaful apabila mengalami masalah kewangan. Saya merasakan tindakan ini adalah salah satu cara yang kurang bijak. Kenapa saya kata begitu? Cuba fikirkan apabila musibah mendatang ketika situasi ini, makin sarat dan pening berfikir untuk membayar hutang-hutang bank tadi. Contoh musibah kemalangan dan lumpuh. Adakah bank akan memberi diskaun hutang apabila peminjam lumpuh? Saya rasa tidak. Jika sijil takaful masih aktif setidak-tidaknya dapat meringankan beban kewangan.

lumpuh

Tahukah anda sijil takaful yang telah dicarum beberapa tahun mempunyai cash value tertentu? Dengan adanya cash value ini anda boleh bercuti sementara dari mencarum takaful dan masih boleh menikmati manfaat takaful. Untuk mengetahui cash value yang terkandung anda boleh refer kepada agent takaful.

Bagi saya perkara Celik Takaful ini penting. Saya sarankan anda mendapatkan nasihat agent takaful sebelum anda membatal sijil takaful. Tindakan membatalkan sijil takaful tidak menyelesaikan masalah kewangan anda.

Bagi yang mencari-cari peluang menambah pendapatan saya menjemput anda menyertai kumpulan saya.

zul_great_button_sertai_kami_green

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , , | Leave a comment