Apakah orang yang mati syahid tidak dapat masuk syurga?
Sabda Rasulullah s.a.w :
“Diampuni semua dosa orang yang mati syahid kecuali hutang”. Riwayat Muslim
Janganlah ambil mudah tentang hutang. Orang yang mati syahid juga tidak dapat masuk syurga disebabkan masih berhutang, bayangkan keadaan orang kebanyakkan yang tidak dapat menjelaskan hutang sebelum mati. Hutang wajib dibayar dan hutang tidak selesai dengan kematian orang yang berhutang.
Sabda Rasulullah s.a.w.:
“Demi Tuhan yang diriku di tanganNYA, jika seseorang lelaki itu terbunuh di jalan ALLAH, kemudian dia dihidupkan semula, kemudian dia terbunuh lagi, kemudian dia dihidupkan lagi, kemudian dia terbunuh lagi dalam keadaan dia menanggung hutang, dia tetap tidak akan dapat masuk Syurga selagi hutangnya belum dijelaskan”. Riwayat An-Nasa’i
Perancangan kewangan yang baik dapat membantu dalam permasalahan hutang ini. Takaful dan wasiat adalah salah satu perancangan kewangan boleh dilakukan. Moga dengan perancangan kewangan sebagai usaha untuk membayar kembali hutang-hutang yang ada.
Saya kongsikan secara ringkas bagaimana Perancangan Kewangan Takaful dan Wasiat dapat membantu. Setiap Plan Takaful mempunyai nilai pampasan kematian. Nilai pampasan ini yang boleh di wasiatkan kepada pemuitang. Great Eastern Takaful adalah salah satu pengendali takaful yang menawarkan pelbagai Plan takaful yang terbaik.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat. Amin.