Assalamualaikum? Pasti ramai yang tertanya-tanya tentang tajuk diatas. Untuk mendapatkan kupasan penuh tentang tajuk ini, teruskan pembacaan anda hingga ke akhir artikal ini.
Celik Wang dan Celik Takaful apa kaitannya? Jika saya ingin kupas tetang perkara Celik Wang ia merangkumi banyak subjek perancangan kewangan. Perkongsian saya disini dengan memberi contoh bagaimana berhadapan masalah kewangan.
Apabila berlaku masalah kewangan kebiasaannya ia melibat perbelanjaan melebihi pendapatan. Ada beberapa cara bagi memperbaiki masalah kewangan ini dengan bertindak melakukan langkah :
- Mengurangkan perbelanjaan
- Menambah pendapatan
Dengan melakukan pengurangan perbelajaan dan menambah pendapatan secara serentak ia dianggap langkah yang baik. Persoalannya bagaimana ingin mengurangkan perbelajaan, sedangkan segala perbelanjaan itu tidak dapat dikurang lagi. Ianya disebabkan sebelum ini telah banyak loan yang dibuat. Loan peribadi, Loan kereta, Loan rumah, Credit card dan berbagai-bagai lagi perbelanjaan. Macam mana nak potong hutang-hutang ini? Maka langkah menambah pendapatan adalah caranya. Mahu tak mahu melakukan kerja lebih masa, kerja part time dan berniaga adalah merupakan cabang pilihan.
Ramai yang membatal sijil takaful apabila mengalami masalah kewangan. Saya merasakan tindakan ini adalah salah satu cara yang kurang bijak. Kenapa saya kata begitu? Cuba fikirkan apabila musibah mendatang ketika situasi ini, makin sarat dan pening berfikir untuk membayar hutang-hutang bank tadi. Contoh musibah kemalangan dan lumpuh. Adakah bank akan memberi diskaun hutang apabila peminjam lumpuh? Saya rasa tidak. Jika sijil takaful masih aktif setidak-tidaknya dapat meringankan beban kewangan.
Tahukah anda sijil takaful yang telah dicarum beberapa tahun mempunyai cash value tertentu? Dengan adanya cash value ini anda boleh bercuti sementara dari mencarum takaful dan masih boleh menikmati manfaat takaful. Untuk mengetahui cash value yang terkandung anda boleh refer kepada agent takaful.
Bagi saya perkara Celik Takaful ini penting. Saya sarankan anda mendapatkan nasihat agent takaful sebelum anda membatal sijil takaful. Tindakan membatalkan sijil takaful tidak menyelesaikan masalah kewangan anda.
Bagi yang mencari-cari peluang menambah pendapatan saya menjemput anda menyertai kumpulan saya.
Mohd Zulkiffli Mohd Nur Pakar Perunding Takaful Great Eastern Takaful 019-3321710