Assalamualaikum?
Pada tahun lepas berbagai-bagai cabaran di lalui oleh negara kita. Kejadian kapal terbang terhempas dan banjir di pantai timur amat menyedihkan. Saya berdoa agar pada tahun 2015 ini tiada sebarang musibah berlaku kepada negara kita.
Pada permulaan 2015 harga minyak dunia jatuh. Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi ekonomi negara, kerana sumber pendapatan negara ada juga datangnya dari minyak. Soal ekonomi ada kaitannya dengan bajet. Disini saya bukan ingin mengupas tentang bajet negara. Tetapi adakah anda telah membuat bajet peribadi? Jika YA bagus.
Biasanya awal tahun majikan memberi bonus, dividen ASB keluar, dan mungkin ada kenaikan gaji / pendapatan. Adakah anda telah tetap bajet bagi Takaful? Takaful juga adalah salah satu program perancangan kewangan yang penting.
Saya selalu mencadangkan kepada pelanggan agar bajet untuk takaful adalah 10% dari gaji. Melalui pengalaman saya ada juga individu yang membuat 5% dari gaji untuk Takaful. Tiada salah atau betul berapa peratus bajet takaful yang di tetapkan oleh seseorang. Yang penting bajet telah di tetapkan.
Apa yang menyedihkan, ada juga yang langsung tidak menetapkan sebarang bajet untuk Takaful. Pelbagai alasan diberi. Mungkin hati mereka belum terbuka atau mereka belum memahami kebaikan plan Takaful.
Baru-baru ini saya menerima panggilan telefon dari seseorang. Beliau ingin membuka plan Takaful untuk dirinya. Bila saya selidiki beliau telah mempunyai masalah jantung. Apa yang terjadi dengan permohonan Takaful orang ini? Permohonannya ditolak oleh syarikat. Inilah penting kesedaran Takaful di peringkat awal. Kalau boleh sejak lahir lagi ibu bapa telah mengambil Takaful bagi anaknya.
Kepada yang ingin mengambil takaful boleh juga memohon quotation dari saya
Mohd Zulkiffli Mohd Nur Pakar Perunding Takaful Great Eastern Takaful 019-3321710