Assalamualaikum? Pada 28/4/2015 saya menghantar Sijil Takaful Great Eastern Takaful kepada pelanggan En.Khai. Disamping saya memberi pencerahan tentang manfaat Plan Takaful En.Khai, Beliau menceritakan kepada saya satu kisah.
En.Khai menerima berita dari seorang kawan baiknya. Berita itu agak merisaukan kerana kawan baik En.Khai mengidap penyakit kanser. Beliau sempat menunjukan gambar keadaan kawannya yang sedang sakit.
Saya melihat gambar itu dan terasa amat sayu dan sedih. Saya tidak dapat membayangkan penderitaan dan kesakitan kawan En.Khai menanggung situasi itu.
Sebaik sahaja En.Khai berkongsi cerita tentang keadaan kawannya itu, Beliau menyatakan kepada saya Takaful memang penting. Lalu saya mengagukkan kepala tanda setuju penuh.