Usahawan Takaful di Beijing

29 sept 2013 – 4 oct 2013 saya dan isteri melancong ke Beijing. Kami mengikut salah satu group pakage dari – Syifaa Holidays -. Kami mengenali Syifaa Holidays dari kakak saudara. Beliau dan keluarga juga turut ke Beijing. Rombongan ini disertai oleh 34 orang.

IMG_9671

IMG_0160

Di Beijing kami di bawa ke beberapa lokasi menarik dan bersejarah. Terasa kegembiraan diriak wajah isteri saya, kerana inilah first time kami keluar negara. Maklumlah baru kahwin setahun.

IMG_9693

Sepanjang percutian ini saya berasa kagum melihat bangsa cina berniaga di sana. Mereka berniaga dengan approach yang tidak henti-henti. Apabila bas persiaran kami berhenti, peniaga jalanan sudah standby untuk menjual. Mereka tidak tahu berbahasa english. Kami pula tidak tahu berbahasa cina. Walauapapun perkataan yang keluar mereka tetap berusaha.

IMG_9613Kemudian tiba masanya untuk bas bergerak ke lokasi lain. Gigih mereka mengejar bas dengan motosikal. Apabila kami turun bas, mereka approach lagi. Akhirnya mereka berjaya menjual. Isteri saya turut membeli. Ini yang dikatakan ” Dimana ada kemahuan disitu ada jalan”.

Bercuti adalah salah satu cara untuk refresh. Rasa segar dan lebih bersemangat. Kini saya kembali fokus kepada kerjaya. Fokus membantu dan menambah nilai hidup orang lain.

Jom sertai kerjaya bersama saya. Hubungi 019-3321710 Zul.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , | Leave a comment

Apa kaitan Penyakit Kencing Manis dengan Policy Insurance/Takaful?

Hari ini dah masuk hari ke empat saya menjadi Nurse dan Doktor bagi ibu.

Saya terpaksa membatalkan untuk ke Bangkok berikutan keadaan ibu yang tidak berapa sihat. Ibu mengidap Penyakit Kencing Manis dan menggunakan insulin serta ubat untuk mengawal penyakit ini. Kebelakangan ini ibu kerap Hypo atau Hyper. Apabila keadaan ini berlaku, ibu akan lemah dan tak larat nak bangun.

Selama beberapa hari ini, saya bertindak untuk mengambil bacaan gula setiap pagi agar keadaan Hypo atau Hyper tidak berlaku kepada ibu. Saya juga sentiasa memantau pemakan ibu. Takut ibu mengambil makanan yang berlebihan gula.

Bila bercerita tentang Penyakit Kencing Manis ini. Saya teringat seorang prospek yang ingin membeli policy tetapi mengidapi Penyakit Kencing Manis. Saya yang uruskan permohonan policy beliau. Saya membawa prospek ini untuk pemeriksaan doktor. Ternyata tahap gula beliau memang tinggi walaupun beliau telah berpuasa sebelum mengambil darah.

Apa yang terjadi kepada permohonan policy beliau itu? Status permohonan postpone. Beliau nampak tidak berpuasa hati dengan keputusan postpone itu. Dengan rasa ingin membantu, saya mencari beberapa maklumat tetang Penyakit Kencing Manis dan Komplikasinya. Saya print dan beri kepada beliau. Tujuan saya supaya keadaan Penyakit itu dikawal. Antara komplikasi yang masih saya ingat : Buta, Luka yang berlarutan mengakibatkan kaki dipotong, Badan menjadi kurus, Penyakit Buah Pinggang dan Mati Pucuk.

Selepas itu beliau memberitahu, pemohonan beliau dengan Syarikat Insurans lain decline.

Pesanan saya, Timbang-timbangkanlah untuk memiliki policy Takaful selagi masih sihat. Banyak manfaat diberikan dalam policy Takaful.

Untuk info lanjut hubungi 019-3321710 Zul (Pakar Perunding Takaful). Atau boleh juga mengisi borang quotation percuma. Sila klik “Buatkan Quotation Saya”;

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , | Leave a comment

Demam Kuku boleh claim?

Saya ingin berkongsi sedikit.

Di awal pagi, saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan lama. Dengan rasa cemas dalam panggilan itu beliau berkata ingin membeli medical kad segera untuk anaknya. Lalu saya menjawab “Boleh”. Tetapi saya berasa hairan, lalu saya bertanya kenapa nak beli segera? Lalu beliau menceritakan keadaan sebenar.

Menurut perbualan telefon itu, anaknya telah ke Hospital Kerajaan sebelum ini berikutan Demam Kuku dan Mulut. Tetapi terasa terlalu leceh untuk mendapatkan rawatan yang baik untuk anaknya. Kemudian beliau ingin menggunakan insurans dari majikan. Ketika itu baru beliau tahu, insurans majikan hanya cover RM1500 setahun. Disebabkan kerisauan terhadap anaknya beliau menghubungi saya.

Saya memberitahu beliau jika sekarang nak apply, perkara tentang penyakit Demam Kuku dan Mulut ini perlu diistiharkan dalam borang permohonan. Saya boleh bantu untuk permohonan medical kad tetapi kelulusan atas process underwriter.

Sebenarnya, lima tahun lepas saya pernah mencadangkan kepada kawan saya ini untuk mengambil pelan medical untuk anak beliau. Tetapi setelah banyak kali saya memberi penerangan kebaikan pelan medical kad, tidak juga beliau setuju.

Saya berharap agar ramai di luar sana memiliki kesedaran tetang kepentingan medical kad (Takaful). Adalah baik memilikinya sebelum berlaku perkara yang tidak disangaka. Ibarat kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

Keterangan Lanjut Pelan Medical Kad.

Hubungi : Zul – 0193321710 Pakar Perunding Takaful.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged | Leave a comment