Hari ini dah masuk hari ke empat saya menjadi Nurse dan Doktor bagi ibu.
Saya terpaksa membatalkan untuk ke Bangkok berikutan keadaan ibu yang tidak berapa sihat. Ibu mengidap Penyakit Kencing Manis dan menggunakan insulin serta ubat untuk mengawal penyakit ini. Kebelakangan ini ibu kerap Hypo atau Hyper. Apabila keadaan ini berlaku, ibu akan lemah dan tak larat nak bangun.
Selama beberapa hari ini, saya bertindak untuk mengambil bacaan gula setiap pagi agar keadaan Hypo atau Hyper tidak berlaku kepada ibu. Saya juga sentiasa memantau pemakan ibu. Takut ibu mengambil makanan yang berlebihan gula.
Bila bercerita tentang Penyakit Kencing Manis ini. Saya teringat seorang prospek yang ingin membeli policy tetapi mengidapi Penyakit Kencing Manis. Saya yang uruskan permohonan policy beliau. Saya membawa prospek ini untuk pemeriksaan doktor. Ternyata tahap gula beliau memang tinggi walaupun beliau telah berpuasa sebelum mengambil darah.
Apa yang terjadi kepada permohonan policy beliau itu? Status permohonan postpone. Beliau nampak tidak berpuasa hati dengan keputusan postpone itu. Dengan rasa ingin membantu, saya mencari beberapa maklumat tetang Penyakit Kencing Manis dan Komplikasinya. Saya print dan beri kepada beliau. Tujuan saya supaya keadaan Penyakit itu dikawal. Antara komplikasi yang masih saya ingat : Buta, Luka yang berlarutan mengakibatkan kaki dipotong, Badan menjadi kurus, Penyakit Buah Pinggang dan Mati Pucuk.
Selepas itu beliau memberitahu, pemohonan beliau dengan Syarikat Insurans lain decline.
Pesanan saya, Timbang-timbangkanlah untuk memiliki policy Takaful selagi masih sihat. Banyak manfaat diberikan dalam policy Takaful.
Untuk info lanjut hubungi 019-3321710 Zul (Pakar Perunding Takaful). Atau boleh juga mengisi borang quotation percuma. Sila klik “Buatkan Quotation Saya”;
Mohd Zulkiffli Mohd Nur Pakar Perunding Takaful Great Eastern Takaful 019-3321710