Demam Kuku boleh claim?

Saya ingin berkongsi sedikit.

Di awal pagi, saya menerima panggilan telefon dari seorang kawan lama. Dengan rasa cemas dalam panggilan itu beliau berkata ingin membeli medical kad segera untuk anaknya. Lalu saya menjawab “Boleh”. Tetapi saya berasa hairan, lalu saya bertanya kenapa nak beli segera? Lalu beliau menceritakan keadaan sebenar.

Menurut perbualan telefon itu, anaknya telah ke Hospital Kerajaan sebelum ini berikutan Demam Kuku dan Mulut. Tetapi terasa terlalu leceh untuk mendapatkan rawatan yang baik untuk anaknya. Kemudian beliau ingin menggunakan insurans dari majikan. Ketika itu baru beliau tahu, insurans majikan hanya cover RM1500 setahun. Disebabkan kerisauan terhadap anaknya beliau menghubungi saya.

Saya memberitahu beliau jika sekarang nak apply, perkara tentang penyakit Demam Kuku dan Mulut ini perlu diistiharkan dalam borang permohonan. Saya boleh bantu untuk permohonan medical kad tetapi kelulusan atas process underwriter.

Sebenarnya, lima tahun lepas saya pernah mencadangkan kepada kawan saya ini untuk mengambil pelan medical untuk anak beliau. Tetapi setelah banyak kali saya memberi penerangan kebaikan pelan medical kad, tidak juga beliau setuju.

Saya berharap agar ramai di luar sana memiliki kesedaran tetang kepentingan medical kad (Takaful). Adalah baik memilikinya sebelum berlaku perkara yang tidak disangaka. Ibarat kata pepatah “sediakan payung sebelum hujan”.

Keterangan Lanjut Pelan Medical Kad.

Hubungi : Zul – 0193321710 Pakar Perunding Takaful.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Advertisements
This entry was posted in Artikel and tagged . Bookmark the permalink.