Waiver Contribution: Perlindungan Kekal Aktif Walaupun Tidak Lagi Mencarum

Syukur Alhamdulillah, pada 29 Januari 2026 saya diberi peluang untuk membantu seorang lagi client dalam urusan tuntutan takaful. Kali ini melibatkan manfaat Waiver Contribution (Pengenepian Caruman Penyakit Kritikal) selepas client menjalani pembedahan otak (Brain Surgery). Bersama penulisan ini turut dilampirkan surat pengesahan bahawa tuntutan tersebut telah diluluskan.

Client ini mula mengambil pelan takaful pada tahun 2021. Pada ketika itu, mungkin beliau sendiri tidak menyangka akan diuji dengan keadaan kesihatan yang serius. Namun inilah pentingnya perancangan awal. Bila musibah datang tanpa diduga, sekurang-kurangnya perlindungan kewangan sudah tersedia untuk membantu meringankan beban.

Apa yang ramai tidak tahu, apabila manfaat Waiver Contribution diluluskan, sijil takaful client akan terus kekal aktif walaupun caruman tidak lagi perlu dibayar. Ini bermaksud manfaat seperti kad perubatan (medical card) dan hibah yang terkandung di dalam sijil masih terus berjalan seperti biasa mengikut terma dan syarat sijil.

Kini client dapat memberi fokus sepenuhnya kepada proses rawatan dan pemulihan tanpa perlu terlalu risau mengenai komitmen caruman bulanan. Inilah antara fungsi sebenar takaful — bukan sekadar simpanan atau hibah, tetapi juga sebagai penyelamat kewangan ketika saat sukar.

Sebagai ejen takaful, saya sendiri rasa bersyukur apabila dapat melihat sijil yang dirancang bertahun dahulu akhirnya benar-benar membantu client ketika diperlukan. Semoga kisah ini menjadi peringatan kepada kita semua bahawa sakit dan ujian boleh datang tanpa mengira usia ataupun keadaan.

Merancang ketika sihat bukan kerana kita menjangka musibah, tetapi kerana kita mahu bersedia sekiranya ia berlaku. Semoga dipermudahkan segala urusan buat client ini dan diberikan kesembuhan yang baik, insya-Allah.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Unknown's avatar

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Home and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment