Malang Tidak Berbau 6 Nov 2013

Pada 6 Nov 2013 jam 8.30pagi, malang tidak berbau kerana saya dan isteri telah mengalami kemalangan jalan raya di simpang bulatan Kg Cheras Baru. Pada hari kejadian, saya di dalam perjalanan ingin menghantar isteri ke tempat kerja.

1

Keadaan isteri saya hanya cedera ringan di tangan dan kaki. Tetapi saya mengalami kecederaan yang teruk dibahagian muka dan saya tidak sedarkan diri semasa kejadian berlaku.

2

Penunggang-penunggang motorsikal yang melalui jalan tersebut telah membantu saya dan isteri. Mereka menahan teksi dan meminta pemandu teksi tersebut untuk menghantar kami ke HUKM.

3

Saya di discaj oleh HUKM pada lewat petang dan pulang ke rumah. Setibanya di rumah, saya terasa ingin muntah dan mahu pengsan. Kebetulan, Unit Manager saya Madam Wong Mei Yee yang ketika itu sedang menzirahi saya terus membawa saya ke Hospital Gleneagles dan saya telah di tahan wad selama 8 hari.

4

Kecederaan di bahagian atas kening berjahit, tepi mata kanan berlubang, kulit hidung tersiat, mulut sebelah kiri terbelah, serta luka pada kaki dan tangan. Tetapi syukur alhamdulillah setelah di scan dan di x-ray, tiada kecederaan dalaman yang serius.

56

Saya dibenarkan pulang ke rumah pada 13 Nov 2013. Saat ini yang saya nanti kan kerana sudah terlalu lama berada di hospital. Bil perubatan yang dikenakan adalah sebanyak RM17K++ dan ia ditanggung oleh Great Eastern Takaful. Sememangnya kos perubatan terlalu mahal. Ini lah pentingnya kerana memiliki Plan Takaful.

7

Bersyukur kepada Tuhan kerana isteri tetap sabar menjaga saya. Terima kasih terutama kepada isteri, ibu, abang, mertua, adik beradik, pakcik makcik, saudara mara dan kawan-kawan yang memberi support dan berdoa untuk saya sepanjang saat kritikal di hospital. Hanya tuhan yang mampu membalasnya.

9

Akhir kata: Sekiranya anda masih tidak memiliki Pelan Takaful, Cari lah bajet untuk memiliki Pelan Takaful.

Ingin mencari Pelan Takaful?

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Advertisement

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.