Bersama Norman KRU (TBOSS)

Assalamualaikum?

Norman KRU adalah satu nama yang terkenal dalam industri Muzik. Kali ini seminar TBOSS yang di anjurkan oleh GET membawakan beliau.

Tarikh : 15 Nov 2014, Sabtu

Masa : 8.30am pendaftaran, Mula 9 am

Tempat : Menara Great Eastern, Tingkat 6 Main Hall

Norman Kru TBOSS

Apa yang anda akan dapat melalui seminar ini :

  • Upclose & Personal bersama Norman KRU.
  • Inspirasi terhadap kejayaan.
  • Perkongsian pengalaman dari insan yang berjaya.
  • Bidang takaful adalah salah satu dari bidang keusahawanan.
  • POTENSI kerjaya di dalam bidang Takaful.
  • Jamuan makan disediakan.

Dengan ini saya mengalu-alukan kedatangan semua. 5 peserta pertama yang mendaftar dengan saya akan mendapat tiket PERCUMA.

Hubungi / Sms / Wasap saya segera bagi yang berminat. Tempat adalah terhad.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Home | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Bayar diri sendiri dahulu

Assalamualaikum? Saya terpanggil untuk berkongsi tentang tajuk “Bayar diri sendiri dahulu”. Melalui servey yang saya buat, ada di kalangan kita langsung tidak pernah tahu tentang bayar diri sendiri dahulu.

Apa yang dimaksudkan bayar diri sendiri dahulu? Ringkasnya setiap pendapatan yang diterima diketepikan satu jumlah dan di masukkan ke kolum asset sebelum membayar perbelanjaan.

Bayar diri sendiri dahulu

Mengapa bayar diri sendiri dahulu ini penting? Saya jelaskan sikit, maklumlah setelah penat lelah bekerja mencari wang tak kan semua wang itu habis untuk bayar hutang, atau habis semua dibelanjakan. Maka apa yang tinggal jika semua nya habis. Bayangkan setelah 10tahun bekerja tiada langsung wang simpanan. Alamatnya akan berkerja lebih lama dan mungkin sepanjang hayat.

Apa pula yang di maksudkan dengan asset? Secara ringkasnya Asset adalah wang yang masuk ke dalam poket. Contoh mudah adalah wang yang di simpan di bank ( akaun simpanan ). Apabila kefahaman tentang ilmu kewangan makin meningkat asset boleh di ketegeri mengikut keadaan. Contoh membeli rumah. Ada orang berkata rumah adalah liability. Tetapi apabila rumah tadi di sewakan, dan sewa tadi mampu digunakan bagi membayar loan bank, maka rumah tadi boleh diketegerikan sebagai asset. Mungkin anda dah faham sikit ketegeri asset mengikut keadaan.

Berbalik kepada tajuk bayar diri sendiri dahulu. Pernah tak kita menetapkan satu jumlah wang untuk dimasukan ke dalam kolum asset? Jika masih belum saya sarankan kita setkan satu jumlah setiap bulan. Tidak salah kita set untuk masa depan yang lebih bagus.

Untuk mengenepikan wang bagi tujuan asset contoh membeli rumah, ia memerlukan kos modal yang tinggi. Apakata kita mulakan dengan mencarum takaful. Kerana takaful juga merupakan satu asset. Ia juga secara tidak langsung mendisplinkan diri kita untuk menyimpan. Ayoh mulakan tindakan bayar diri sendiri dahulu bersama takaful.

Layari Benarkah takaful merupakan asset?

zul_great_button_quotation

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , , | Leave a comment

Benarkah Takaful merupakan salah satu asset?

Assalamualaikum? Tajuk diatas merupakan satu persoalan. Pasti ramai yang ingin tahu kepada jawapannya.

Disini saya lontarkan pendapat tentang perkara ini. Sebenarnya jawapan kepada persoalan ini bergantung kepada persepsi seseorang. Dimana setiap orang mempunyai matlamat kewangan yang berbeza.

Sewaktu saya membuat servey tentang perancangan kewangan tahun lalu, saya amat terkejut kerana mendapati ada di antara kita yang langsung tidak tahu malah tidak pernah mendengar tentang perancangan kewangan.

Disini saya kongsi sedikit salah satu cara perancangan kewangan dan secara tidak langsung ia dapat menerangkan bagaimana Takaful boleh di anggap sebagai asset.

Contoh Kes :
Ali berusia 20 tahun, bekerja sebagai kerani office dan tidak merokok.

Ali mencarum di Takaful Rm1200 setahun ( bersamaan Rm 100 je sebulan ).
Tempoh caruman : 30 tahun

Apa manfaat yang akan Ali dapat dari Takaful?
Khairat kematian = Rm 200,000.00
Kecacatan kekal = Rm 200,000.00
36 Penyakit kritikal = Rm 200,000.00

Manfaat yang tersedia ini yang boleh dianggap sebagai asset. Jika dikira kalau menabung Rm100 sebulan dan ingin mencapai Rm 200,000.00 ia akan mengambil masa selama 167 tahun. Rasanya jangka hayat manusia kini pun tidak mungkin boleh sampai 167 tahun.

Takaful sebagai asset

Apa yang Ali boleh buat dengan manfaat Rm 200,000.00, sedangkan ia hanya manfaat yang akan diterima setelah berlaku salah satu dari perkara yang dilindungi oleh Takaful. Perkara itu adalah kematian, kecacatan kekal dan penyakit kritikal. Macam tak best je bincang tentang perkara ini. Teruskan pembacaan di perenggan bawah.

Sepanjang kehidupan ini mungkin Ali akan membeli kereta dan rumah. Biasanya pembelian kereta dan rumah akan menggunakan loan. Tempoh bagi loan kereta ada yang 9 tahun dan loan rumah ada yang 30 tahun. Disinilah guna Takaful tadi. Sekiranya perkara musibah kematian, kecacatan kekal atau salah satu dari 36 penyakit kritikal berlaku. Maka Ali telah memiliki Rm 200,000.00 dari pelan takafulnya. Boleh lah Ali menggunakan wang ini bagi melunaskan hutang-hutang yang ada. Nah sekarang mungkin dah nampak pelan Takaful sebagai asset.

Note : Sekiranya anda memulakan pelan takaful dalam usia muda, Insyaallah cash value selepas 30tahun lebih baik dari anda yang lambat memulakan pelan takaful.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Home | Tagged , , , , , , | Leave a comment

5 Perkara Pelabur Hartanah inginkan dalam Insurans / Takaful Hartanah

Artikel ini telah disiarkan di dalam Majalah Prospek Hartanah Malaysia keluaran Ogos 2014.

5 perkara pelabur hartanah

  1. Pelabur inginkan satu plan takaful / insurans yang memberi perlindungan kekal sepanjang tempoh pinjaman hartanah. Dalam erti kata lain, nilai perlindungan yang tidak menurun dari tahun ke tahun.
  2. Pelabur inginkan plan takaful / insurans yang boleh dialihkan ke hartanah lain. Contoh : Apabila menjual suatu hartanah, polisi takafulnya masih kekal. Apabila membeli suatu hartanah, polisi yang sedia ada boleh dialihkan ke hartanah baru itu. Ini satu idea yang menjimatkan kos premium, kerana ketika seorang pelabur membeli hartanah pertamanya, sudah pasti usianya lebih muda daripada usia ketika mana beliau membeli hartanah keduanya. Memandangkan premium takaful / insurans meningkat mengikut umur, jika polisi boleh dialihkan dari satu hartanah yang lain, maka pelabur tidak lagi perlu membeli polisi yang baru. Dengan ini, kos premium dapat dijimatkan.
  3. Pelabur inginkan kos premium takaful / insurans yang berpatutan, dan jika boleh, ingin dapatkan semula jumlah premium yang telah dibayar selepas 25/30 tahun (tempoh pinjaman). Ini ibarat takaful / insurans percuma jika jumlah pulangan pelaburan takaful / insurans itu sama dengan jumlah premium yang telah dibayar.
  4. Ada juga pelabur hartanah yang ingin mewariskan wang perlindungan takaful / insurans kepada ahli keluarga mereka. Mengapa? Contoh : Pinjaman RM 400,000 selama 30 tahun dengan bayaran bulanan RM 2,050 sebulan (kadar faedah 4.6%). Jumlah diinsuranskan, RM 400,000. Jika berlaku kematian atau hilang upaya yang menyeluruh dan kekal, RM 400,000 dan nilai tunai akan dibayar kepada waris. Dengan wang itu, waris boleh laburkan kedalam alat pelaburan yang memberi pulangan tahunan sebanyak 8%. Wang pulangan itu cukup untuk membayar semula pinjaman bank selama setahun dan setiap tahun.

      Contoh : Dividen tahunan           – RM 32,000

                      Bayaran bank setahun – RM 24,600

                      Untung tahunan            – RM 7,400

5. Pelabur inginkan manfaat penepian (waiver) premium. Ini adalah satu rider di dalam takaful / insurans yang dirasakan penting. Manfaat rider ini ialah : Sekiranya pelabur hartanah tadi diserang salah satu daripada 36 penyakit kritikal dalam tempoh pinjaman, maka premium akan menjadi percuma dan perlindungan RM 400,000 masih akan diberi, serta nilai pelaburan takaful/insurans itu masih berjalan.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Takaful Business Opportunity Sharing Session

Assalamualaikum? Kini tiba masanya untuk TBOSS. Peluang untuk memperbaiki kewangan keluarga anda. Great Eastern Takaful menganjurkan program keusahawanan.

Tboss ogos 2014

Di dalam program ini 2 orang speaker telah dijemput bagi memberi perkongsian bagaimana mereka berjaya dalam business takaful. Mari sama-sama kita mengambil inspirasi.

Dengan ini saya mengalu-alukan kedatangan anda semua. Pada yang berminat untuk hadir hubungi saya. Tiket kemasukan akan di sponser oleh saya. Bertindak segera, tempat terhad.

 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Info | Tagged , , , , | Leave a comment

Pusara Ayah

Assalamualaikum? Saya menziarahi pusara ayah ketika dalam bulan Ramadhan. Sempat saya bersihkan pusara dan membacakan doa baginya.

pusara ayah (2)

Tiba-tiba saya teringat sewaktu saya menjaga ayah ketika sakit dahulu. Ayah diserang penyakit stroke. Di sebabkan itu juga, bermulanya saya terlibat dalam bidang Insurans dan Takaful. Saat itu adalah saat yang mencabar dalam hidup saya. Saya perlu mencari pendapatan yang lebih bagi membantu keluarga.

Saya terpaksa menjual kereta kancil milik abang saya. Dan abang saya juga ketika itu diserang penyakit kronik. Beliau juga diberhentikan kerja. Makin berat beban saya ketika itu. Ayah dan abang sakit.

Jika anda di luar sana yang masih belum memiliki pelan Takaful, saya berharap segerakan tindakan anda. Setidak-tidaknya dapat membantu keluarga anda ketika saat memerlukan.

zul_great_button_quotation
 

Saya juga mengalu-alukan anda menambah pendapatan besama-sama kumpulan saya. Masih ada kekosong sebagai Perunding Kewangan Islam dalam kumpulan saya. Berminat sila isikan maklumat.

zul_great_button_sertai_kami_green

 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Info | Tagged , , , , , | Leave a comment

Liam Percepat Bayaran Pampasan

Assalamualaikum?

Di dalam presentation saya kepada prospek. Ada saya tanyakan soalan. Jika Tuan prospek dihantar kerja selama sebulan outstation berapa banyak wang tuan tinggalkan untuk keluarga? Kemudian mereka memberikan satu jumlah. Lalu saya tanya lagi, Jika tuan prospek outstation selama 6 bulan berapa pula? Lalu saya tanya lagi, Jika tuan prospek outstation dan tidak balik-balik selamanya bagaimana pula? Ramai prospek yang terkejut bila tanya begitu.

Tujuan saya tanya adalah semata-mata ingin mereka membuat perancangan kewangan. Salah satu perancangan kewangan yang segera dapat membantu jika berlaku musibah adalah melalui Takaful.

liam mh17

Lihat artikel surat khabar di atas. Liam amat perihatin mempercepatkan process claim kepada ahli keluarga yang terlibat dengan nahas MH17.  Ini adalah sesuatu yang amat bagus bagi meringankan beban ahli keluarga yang terlibat.

Jika anda masih belum membuat perancangan kewangan melalui Takaful / Insurans, saya cadangkan anda segerakan. Ingatlah orang yang tersayang.

zul_great_button_quotation

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Berita, Info | Tagged , , , | Leave a comment

Hari Raya Pertama Bantu Client Waded

Assalamualaikum?

Hari Raya pertama ramai di antara kita sibuk menzirahi sanak saudara. Saya juga turut menziarahi pakcik makcik dan saudara mara.

Di awal pagi saya menerima satu panggilan tel dari seorang pelanggan. Anak beliau tidak sihat dan ingin waded di KPJ kajang. Saya terus memberitahu prosedurenya. Saya juga follow up dengan hospital dan Great Eastern Takaful bagi mendapatkan GL dengan segera.

Admission GL

Alhamdulillah, beberapa jam selepas itu GL dari Great Eastern Takaful keluar. Saya dengan segera memaklumkan kepada pelanggan. Kini beliau anak menerima rawatan di Hospital KPJ Kajang. Moga anak pelanggan saya cepat sembuh. Amin

Kepada anda yang masih belum memiliki Pelan Takaful Perubatan ( Medical Card ) jangan menangguh lagi. Peristiwa hari perayaan ini siapa sangka kesihatan tidak dijamain. Saya sekadar berkongsi. Segerakan tindakan anda.

zul_great_button_quotation

 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Info | Tagged , , , , | Leave a comment

Selamat Hari Raya Aidilfitri

Assalamualaikum?

Esok menjelangnya hari raya. Sudah tentu ramai yang akan pulang ke kampung halaman masing-masing. Tetapi jangan lupa pastikan kenderaan anda berada di dalam keadaan yang baik. Sikap bersabar dalam memandu adalah amat penting. Rancang perjalanan anda dan berhati-hati di jalan raya.

Dikesempatan ini saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua umat islam. Saya juga memohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap. Semoga Aidilfitri kali ini disambut dengan gembira.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Home | Tagged , , | Leave a comment

Mercun Membawa Padah

Assalamualaikum?

Dalam kesibukan kita menjelang Aidilfitri tidak lama lagi. Ingin saya ceritakan sedikit tentang kisah kesederan. Ianya adalah pengalaman saya sendiri.

Semasa zaman kanak dahulu saya pernah menjadi mangsa bermain mercun. Baju saya terbakar mengakibatkan kulit badan saya melecur. Ini semua gara-gara bermain mercun. Sehingga kini parut kesan melecur di badan saya masih ada.

kartun mercun

Kepada ibubapa di luar sana sila-sila pantau anak anda. Moga apa yang terjadi kepada saya tidak berlaku kepada orang lain.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Info | Tagged , , , | Leave a comment