Assalamualaikum? Saya terpanggil untuk berkongsi tentang tajuk “Bayar diri sendiri dahulu”. Melalui servey yang saya buat, ada di kalangan kita langsung tidak pernah tahu tentang bayar diri sendiri dahulu.
Apa yang dimaksudkan bayar diri sendiri dahulu? Ringkasnya setiap pendapatan yang diterima diketepikan satu jumlah dan di masukkan ke kolum asset sebelum membayar perbelanjaan.
Mengapa bayar diri sendiri dahulu ini penting? Saya jelaskan sikit, maklumlah setelah penat lelah bekerja mencari wang tak kan semua wang itu habis untuk bayar hutang, atau habis semua dibelanjakan. Maka apa yang tinggal jika semua nya habis. Bayangkan setelah 10tahun bekerja tiada langsung wang simpanan. Alamatnya akan berkerja lebih lama dan mungkin sepanjang hayat.
Apa pula yang di maksudkan dengan asset? Secara ringkasnya Asset adalah wang yang masuk ke dalam poket. Contoh mudah adalah wang yang di simpan di bank ( akaun simpanan ). Apabila kefahaman tentang ilmu kewangan makin meningkat asset boleh di ketegeri mengikut keadaan. Contoh membeli rumah. Ada orang berkata rumah adalah liability. Tetapi apabila rumah tadi di sewakan, dan sewa tadi mampu digunakan bagi membayar loan bank, maka rumah tadi boleh diketegerikan sebagai asset. Mungkin anda dah faham sikit ketegeri asset mengikut keadaan.
Berbalik kepada tajuk bayar diri sendiri dahulu. Pernah tak kita menetapkan satu jumlah wang untuk dimasukan ke dalam kolum asset? Jika masih belum saya sarankan kita setkan satu jumlah setiap bulan. Tidak salah kita set untuk masa depan yang lebih bagus.
Untuk mengenepikan wang bagi tujuan asset contoh membeli rumah, ia memerlukan kos modal yang tinggi. Apakata kita mulakan dengan mencarum takaful. Kerana takaful juga merupakan satu asset. Ia juga secara tidak langsung mendisplinkan diri kita untuk menyimpan. Ayoh mulakan tindakan bayar diri sendiri dahulu bersama takaful.
Layari Benarkah takaful merupakan asset?
Mohd Zulkiffli Mohd Nur Pakar Perunding Takaful Great Eastern Takaful 019-3321710