5 Perkara Pelabur Hartanah inginkan dalam Insurans / Takaful Hartanah

Artikel ini telah disiarkan di dalam Majalah Prospek Hartanah Malaysia keluaran Ogos 2014.

5 perkara pelabur hartanah

  1. Pelabur inginkan satu plan takaful / insurans yang memberi perlindungan kekal sepanjang tempoh pinjaman hartanah. Dalam erti kata lain, nilai perlindungan yang tidak menurun dari tahun ke tahun.
  2. Pelabur inginkan plan takaful / insurans yang boleh dialihkan ke hartanah lain. Contoh : Apabila menjual suatu hartanah, polisi takafulnya masih kekal. Apabila membeli suatu hartanah, polisi yang sedia ada boleh dialihkan ke hartanah baru itu. Ini satu idea yang menjimatkan kos premium, kerana ketika seorang pelabur membeli hartanah pertamanya, sudah pasti usianya lebih muda daripada usia ketika mana beliau membeli hartanah keduanya. Memandangkan premium takaful / insurans meningkat mengikut umur, jika polisi boleh dialihkan dari satu hartanah yang lain, maka pelabur tidak lagi perlu membeli polisi yang baru. Dengan ini, kos premium dapat dijimatkan.
  3. Pelabur inginkan kos premium takaful / insurans yang berpatutan, dan jika boleh, ingin dapatkan semula jumlah premium yang telah dibayar selepas 25/30 tahun (tempoh pinjaman). Ini ibarat takaful / insurans percuma jika jumlah pulangan pelaburan takaful / insurans itu sama dengan jumlah premium yang telah dibayar.
  4. Ada juga pelabur hartanah yang ingin mewariskan wang perlindungan takaful / insurans kepada ahli keluarga mereka. Mengapa? Contoh : Pinjaman RM 400,000 selama 30 tahun dengan bayaran bulanan RM 2,050 sebulan (kadar faedah 4.6%). Jumlah diinsuranskan, RM 400,000. Jika berlaku kematian atau hilang upaya yang menyeluruh dan kekal, RM 400,000 dan nilai tunai akan dibayar kepada waris. Dengan wang itu, waris boleh laburkan kedalam alat pelaburan yang memberi pulangan tahunan sebanyak 8%. Wang pulangan itu cukup untuk membayar semula pinjaman bank selama setahun dan setiap tahun.

      Contoh : Dividen tahunan           – RM 32,000

                      Bayaran bank setahun – RM 24,600

                      Untung tahunan            – RM 7,400

5. Pelabur inginkan manfaat penepian (waiver) premium. Ini adalah satu rider di dalam takaful / insurans yang dirasakan penting. Manfaat rider ini ialah : Sekiranya pelabur hartanah tadi diserang salah satu daripada 36 penyakit kritikal dalam tempoh pinjaman, maka premium akan menjadi percuma dan perlindungan RM 400,000 masih akan diberi, serta nilai pelaburan takaful/insurans itu masih berjalan.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Advertisement

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s