Assalamualaikum? Pada 11 july 2014 saya dan kumpulan saya menghadiri majlis berbuka puasa di Hotel Sri Petaling. Ia merupakan satu aktiviti yang kami buat setiap tahun. Disamping sibuk dengan urusan membantu orang ramai dalam membuat perancangan kewangan melalui Takaful. Kami tetap membahagikan masa untuk beribadah, berdoa dan berbuka bersama.
Terima Kasih juga kepada kawan-kawan mandarin yang turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa
Kami juga ada membuat cabutan bertuah ketika majlis berbuka puasa ini. Semua perunding kewangan amat gembira. Nampak gelak tawa mereka.
Kami juga ada berbincang sesama sendiri tentang perancangan kewangan.
Isteri tercinta juga turut hadir bersama-sama memberi sokongan kepada kumpulan saya.
Saya masih membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk memasuki kumpulan saya dan bersama-sama berjuang dalam industri kewangan islam.