Berita Sedih MH17

Assalamualaikum?

Baru-baru ini peristiwa MH17 amat menyedihkan. Pesawat MAS Boing 777-200 dalam perjalanan dari Amsterdam, Belanda ke Kuala Lumpur jatuh terhempas.

MH17 penuh

Pesawat MH17 itu ditembak jatuh di perkampungan Grabovo, Donestk, Ukraine, berhampiran sempadan Russia, Khamis lalu 17 July2014.

MH17

Seramai 298 penumpang termasuk 29 rakyat Malaysia dan 15 Kru terbunuh dalam kejadian itu. Semua penumpang dan Kru terbunuh dalam kejadian itu.

kepak MH17

Saya mengucapkan takziah kepada semua ahli keluarga yang terlibat. Saya juga berdoa agar semua yang terkorban dapat disemadikan dengan baik. Semoga roh mereka tenang dan aman.

 

Mohd Zulkiffli Mohd Nur

Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Berita | Tagged , , , | Leave a comment

Iftar Ramadhan bersama kumpulan saya

Assalamualaikum? Pada 11 july 2014 saya dan kumpulan saya menghadiri majlis berbuka puasa di Hotel Sri Petaling. Ia merupakan satu aktiviti yang kami buat setiap tahun. Disamping sibuk dengan urusan membantu orang ramai dalam membuat perancangan kewangan melalui Takaful. Kami tetap membahagikan masa untuk beribadah, berdoa dan berbuka bersama.

20140711_205239(0)

Terima Kasih juga kepada kawan-kawan mandarin yang turut sama memeriahkan majlis berbuka puasa

20140711_205009

Kami juga ada membuat cabutan bertuah ketika majlis berbuka puasa ini. Semua perunding kewangan amat gembira. Nampak gelak tawa mereka.

20140711_202837

Kami juga ada berbincang sesama sendiri tentang perancangan kewangan.

20140711_202844

Isteri tercinta juga turut hadir bersama-sama memberi sokongan kepada kumpulan saya.

Saya masih membuka peluang kepada sesiapa yang berminat untuk memasuki kumpulan saya dan bersama-sama berjuang dalam industri kewangan islam.

zul_great_button_sertai_kami_green

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

 

Posted in Home | Leave a comment

Adakah perlu Medical Check Up nak apply Takaful?

Assalamualaikum? Saya ingin kongsikan serba sedikit pengalaman menguruskan permohonan Takaful pelanggan.

Saya ada menerima pertanyaan “Adakah perlu melakukan Medical Check Up sewaktu membuat permohonan Takaful?”

Melalui Pengalaman saya, Setiap Syarikat Takaful mempunyai prosedure yang tersendiri dalam menentukan kelayakan pelanggan yang perlu menjalani Medical Check Up.

Ini adalah antara sebab yang saya tahu kenapa pelanggan perlu menjalani Medical Check :

  • Sum Cover yang tinggi.
  • Tinggi dan berat badan yang tidak seimbang.
  • Mempunyai sejarah penyakit sebelum ini.
  • Pernah menjalani pemeriksaan/rawatan yang terperinci untuk sebarang penyakit sebelum ini.
  • Berkait dengan faktor umur dan pekerjaan pelanggan.

Saya sarankan adalah baik mengambil Pelan takaful sewaktu usia muda. Ini kerana pada usia muda kebanyakan orang berada pada tahap kesihatan yang baik. Dan sekaligus memudahkan proses kelulusan permohonan Takaful.

Sekiranya diminta untuk melakukan Medical Check Up sewaktu usia muda peluang untuk result keputusan Check Up yang memuaskan amat tinggi berbanding membuat Medical Check pada usia tua.

Nah sekarang jangan berlengah lagi. Masa tidak menunggu anda dan risiko sentiasa ada. Saya sekadar mengingatkan.

zul_great_button_quotation

 

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Home, Info | Tagged , , , , , , , | Leave a comment

Mengapa Education + Medical Pelan sangat penting untuk anak yang tersayang?

Assalamualaikum?

Disini saya ingin kongsikan mengapa Education + Medical Pelan sangat penting untuk anak yang tersayang?

Melalui pendapat peribadi saya, kedua-dua pelan ini sangat penting. Sebagai ibubapa pasti ingin memberi yang terbaik kepada anak yang tersayang. Jika ibubapa tidak merancang sejak dari awal kelahiran anak siapa lagi yang akan memikirkan masa depan anaknya? Saya selalu tekankan ibabapa mesti menabung untuk anak yang tersayang.

Saya ceritakan sedikit perlajalan bagi membuka minda secara besar :

Anak Lahir, Kemudian Sekolah Rendah, Kemudian Sekolah Menengah, Kemudian Universiti, Kemudian Bekerja dan seterusnya…..

Nampak tak ianya adalah satu tempoh yang panjang dari anak lahir sehingga anak itu mula bekerja. Jika menyimpan satu jumlah yang tetap dalam satu tempoh yang panjang pasti jumlah terkumpul akan banyak. Dan ia boleh digunakan sebagai dana Education untuk yang tersayang.

2014-07-16 15.39.47

Pn.Marina mengambil Pelan Education + Medical untuk anak kesayangannya.

Setujukan jika saya katakan hadiah yang paling bermakna dari ibubapa kepada anak adalah education?

Apabila anak ingin melanjutkan pelajaran ke Universiti pasti memerlukan wang. Maka disini pentingnya perancangan dari awal. Ada pelbagai tempat menyimpan yang boleh dipilih oleh ibubapa untuk menyimpan wang bagi masa depan anak. Antaranya Bank, Asb, Fixed Deposit, Takaful dan lain-lain.

2014-07-16 15.42.08

En.Zikri mengambil Pelan Education + Medical untuk anak kesayangannya.

Disini ibubapa perlu bijak memilih dan menjalankan tabungan. Ibubapa boleh memilih lebih dari satu tempat untuk menyimpan. Salah satunya Takaful, Kenapa?

Dengan Pelan Takaful ibubapa dapat menyediakan dua dalam satu. Iaitu Pelan Education dan Medical. Disamping menabung untuk Education manfaat Medical diberikan. Ianya melindungi kos hospital jika anak yang tersayang berlaku sebarang penyakit atau musibah. Ini kan bagus. Jika tidak memiliki Medical Pelan sudah tentu ibabapa perlu mengeluarkan wang yang banyak bagi merawat anak kesayangan. Tambahan pula dari anak lahir hingga beliau berkerja adalah satu tempoh yang lama. Dan susah kita nak jamin yang kesihatan sentiasa terjamin.

Manfaat simpanan percuma juga diberikan dalam Pelan ini. Ianya melindungi ibubapa kepada tiga perkara iaitu Meninggal Dunia, Kecacatan Kekal atau 36 penyakit kritikal. Sekiranya berlaku kepada ibubapa maka Pelan ini menjadi percuma (Caruman menjadi percuma) dan segala manfaat yang ada dlm pelan akan diteruskan termasuk dana Education akan tersedia dalam tempoh masa tertentu.

Ada lagi manfaat lain dalam Pelan ini? Memang ada. Jika berminat untuk mengetahui tetang Pelan ini boleh hubungi saya.

zul_great_button_quotation
 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Home, Info | Tagged , , , , | Leave a comment

Kisah Teladan: Di Sebuah Hospital

 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Info, Video | Tagged | Leave a comment

Penipuan semasa membeli sijil takaful.

Assalamualaikum? Disini saya ingin coretkan satu info yang saya rasa penting dan perlu diketahui oleh pelanggan yang ingin membeli Takaful.

Baiklah saya ringkaskan penceritaan begini. Sewaktu pelanggan ingin membeli Takaful, Beliau perlu mendedahkan tetang status keadaan kesihatannya. Ejen Takaful pula perlu memberitahu pelanggan kenapa pentingnya pendedahan ini.

Sebagai ejen Takaful yang berpengalaman saya mempunyai teknik dan cara tersendiri untuk mendapatkan info ini dari pelanggan dan sekaligus pelanggan akan mengetahui kenapa pentingnya pendedahan ini. Biasanya saya akan bertanya begini :

1) Adakah Tuan/Puan mempunyai sebarang penyakit?

2) Pernahkah Tuan/Puan sakit atau kemalangan dan di masukkan ke hospital? Jika ya. Akan ada soalan susulan. Sakit apa? Hospital mana? Bila? Apa rawatan yang doktor berikan? Adakah sakit itu telah sembuh sekarang? Saya juga akan meminta salinan report doktor jika beliau ada menyimpan.

3) Sejarah keluarga Tuan/Puan ada mengidap sebarang penyakit?

Semua pertanyan itu dengan penuh intonasi suara dan gerak badan yang baik. Supaya perbualan dengan pelanggan mesra. Tidaklah terlalu nampak terlalu serius. Kemudian saya akan masukan cerita pihak ketiga. Begini ceritanya :

Dulu kawan saya pernah mengalami satu kes penipuan dari seorang pelanggan yang membeli sijil Takaful. Semasa membeli sijil takaful, pelanggan itu menyatakan tahap kesihatannya semua sihat belaka. Lalu permohonan sijil takafulnya lulus. Selepas setangah tahun tiba-tiba pelanggan itu Claim (tuntutan) kerana sakit jantung. Lalu syarikat Takaful menjalankan siasatan dan mendapati pelanggan itu telah mengidap penyakit jantung sebelum memiliki sijil Takaful. Lalu kelulusan Claim (tuntutan) itu gagal.

Tujuan saya menceritakan kisah pihak ketiga ini kepada pelanggan kerana tidak mahu beliau menipu sewaktu membeli sijil takaful dan sekali gus pelanggan akan tahu risiko jika beliau memberi informasi palsu kepada saya.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Info | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Sebuah Kisah di Hospital

Assalamualaikum? Saya ingin kongsikan dialog seorang pesakit dan doktor.

Pesakit : Assamualaikum Doktor?

Doktor : Waalaikumsalam. Saya ada dua berita untuk awak. Satu berita baik dan satu berita buruk.

Pesakit : Hmm… Teruskan Doktor.

Doktor : Berita baik, penyakit awak dapat dirawat.

Pesakit : Alhamdulillah Syukur

Doktor : Tapi berita buruk, Kos rawatan awak tinggi 120k, dan awak perlu dibedah segera, selewat-lewatnya seminggu dari sekarang.

Pesakit : Ya Allah 120k dalam masa seminggu???

——————————————————————————————-

Bagaimana anda ingin dapat wang sebanyak itu? Apa pilihan yang anda ada?

JUAL RUMAH? GADAI TANAH? PINJAM ALONG? MINTA DERMA? JUAL KERETA? GADAI EMAS? PINJAM KELUARGA?

Persoalannya, Mampu dan sempatkah anda untuk dapat wang itu dalam tempoh seminggu?

Apakata anda memiliki Pelan Medical kad Takaful yang memberi limit tahunan 120k dengan segera? Lebih bijak bukan?

zul_great_button_quotation

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel, Info | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Sediakan Payung Sebelum Hujan – En. Kirin

 
Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Video | Tagged | Leave a comment

Mana nak cari 500k?

Tajuk di atas adalah satu soalan yang memang sukar untuk dijawab. Tahukah anda kos rawatan semakin meningkat dari tahun ke tahun? Perkara ini memang merisaukan.

mana nak cari 500k 2

Mungkin masih ada dikalangan masyarat yang masih tidak ketahui tentang kerisauan kos perubatan yang meningkat melampau. Melalui apa yang saya tahu kos perubatan kini meningkat 14% setahun. Bayangkan jika kos sekarang telah mencecah RM500k. Bagaimana jika 10 tahun akan datang?

Adakah sanggup kita menggunakan wang simpanan yang ada untuk menanggung kos perubatan? atau cukupkah simpanan kita? Bagaimana emosi ketika diserang penyakit? Bolehkah kita berfikir waktu telah terlantar sakit untuk menyelesaikan masalah kos rawatan? Atau lebih baik merancang seawal mungkin untuk memiliki pelan takaful perubatan dengan mengikut bajet tertentu?

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , | Leave a comment

Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan MRTA/MRTT

MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance)/MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) biasanya digunakan oleh pihak bank sebagai syarat mendapatkan pinjaman mereka. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada pihak bank memberi kelonggaran kepada peminjam untuk memilih pakej insurans/takaful pinjaman perumahan masing-masing. Jadi sebenarnya manakah yang terbaik, menggunakan khidmat yang disediakan bank atau pilihan sendiri?

MLTT

KEBAIKAN: 

Polisi MRTA/MRTT ini telah dirangka untuk memberikan perlindungan kepada pelanggan sepanjang tempoh polisi ini berkuatkuasa. Apakah perlindungan yang diberikan?

Sekiranya pelanggan meninggal dunia atau cacat kekal, jumlah pinjaman perumahan yang belum jelas akan dibayar balik kepada bank. Nilai bayaran mengikut polisi.

Perkara penting yang perlu ditekankan ialah manfaat insurans kredit dibayar terlebih dahulu kepada bank bukan kepada pelanggan, apabila pelanggan atau warisnya membuat tuntutan. Hanya jika terdapat baki selepas membayar balik pinjaman belum jelas, barulah wang tersebut akan diserahkan kepada pelanggan.

KEKURANGAN: 

MRTA/MRTT tidak melindungi peminjam daripada PENYAKIT KRITIKAL!!! 

Tahukan anda 60% daripada kematian di Malaysia ialah kerana penyakit kritikal? Tiga penyakit kritikal yang utama masa kini:

  1. Kanser
  2. Penyakit Jantung
  3. Strok

Bagaimana jika peminjam terkena salah satu penyakit kritikal dan BELUM meninggal?

Adakah MRTA/MRTT membayar pinjaman perumahan peminjam? jawapannya…TIDAK sama sekali!

Bagi pihak bank, jika peminjam masih hidup, walaupun sakit teruk, hutang tetap hutang, bayaran mesti dijelaskan apabila sampai masanya!

Realitinya, jika seseorg itu menghidap penyakit kritikal, boleh atau tidak individu tersebut bekerja seperti biasa? TIDAK! Kenapa? Sebabnya orang itu pasti akan pergi mendapatkan rawatan berulang kali sehingga sembuh. Apa akan jadi sekiranya pesakit tersebut bercuti tiga bulan berturut-berturut? Gaji tetap masuk seperti biasa? Adakah majikan akan sayang? atau bagi surat berhenti kerja? Anda pun tahu jawapannya…

Jika sudah diberhentikan kerja… boleh atau tidak peminjam bayar hutang rumah? Sudah tentu boleh, sekiranya ada duit simpanan, wang pelaburan, tanah, kad kredit, gelang emas, kereta… selepas habis dijual, apa akan jadi? Rumah kesayangan tidak mampu dibayar… lalu masuklah gambar rumah itu dalam lelong.com dan kesian kepada keluarganya…

Kenapa MRTA/MRTT tidak membayar pinjaman perumahan? Sebab peminjam masih hidup… dan tidak pula cacat kekal… Nah, nampak tak masalah ini? Berlaku atau tidak dalam masyarakat kita? Memang berlaku… tak percaya? Selalu-selalulah tengok ruangan akhbar kolum bankrap/muflis, anda akan jumpa jawapan disitu..

Apa pilihan yang ada?

Anda boleh memilih untuk MLTT (Mortgage Level Term Takaful)

Kenapa?

Sebabnya ialah MLTT melindungi tiga perkara:

1. Kematian
2. Kecacatan kekal
3. 36 Penyakit Kritikal (rider)

Sekiranya penyakit kritikal berlaku, syarikat takaful akan membayar lump sum CASH kepada pemegang polisi! Maka gunalah duit tersebut untuk melunaskan semua hutang-hutang rumah anda kepada bank, selesai! Syaratnya ialah..pastikan jumlah perlindungan (sum Cover/TPD benefit & 36 critical illness) bersamaan dgn nilai rumah anda…

Contoh :

Harga Rumah  RM300,000

MLTT perlindungan :

Kematian/Kecacatan Kekal  RM300,000

36 Penyakit Kritikal RM300,000

Jaminan perlindungan MLTT kekal pada nilai yang sama sepanjang tempoh selagi polisi tidak ditamatkan (RM300k) dan biasanya ada cash value, berbanding dengan MRTA, apa yang anda bayar hangus dan nilai perlindungan pula berkurangan mengikut tahun (itulah maksud “R” pada MRTA = reducing)…

Sampai disini dulu coretan ringkas saya. Harap-harap dapat membantu. Jika anda masih tidak pasti, rujuklah kepada pakar perancangan kewangan anda.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Posted in Artikel | Tagged , , , , , , , , , | Leave a comment