Pertimbangkan kelebihan dan kekurangan MRTA/MRTT

MRTA (Mortgage Reducing Term Assurance)/MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) biasanya digunakan oleh pihak bank sebagai syarat mendapatkan pinjaman mereka. Tetapi sejak beberapa tahun kebelakangan ini ada pihak bank memberi kelonggaran kepada peminjam untuk memilih pakej insurans/takaful pinjaman perumahan masing-masing. Jadi sebenarnya manakah yang terbaik, menggunakan khidmat yang disediakan bank atau pilihan sendiri?

MLTT

KEBAIKAN: 

Polisi MRTA/MRTT ini telah dirangka untuk memberikan perlindungan kepada pelanggan sepanjang tempoh polisi ini berkuatkuasa. Apakah perlindungan yang diberikan?

Sekiranya pelanggan meninggal dunia atau cacat kekal, jumlah pinjaman perumahan yang belum jelas akan dibayar balik kepada bank. Nilai bayaran mengikut polisi.

Perkara penting yang perlu ditekankan ialah manfaat insurans kredit dibayar terlebih dahulu kepada bank bukan kepada pelanggan, apabila pelanggan atau warisnya membuat tuntutan. Hanya jika terdapat baki selepas membayar balik pinjaman belum jelas, barulah wang tersebut akan diserahkan kepada pelanggan.

KEKURANGAN: 

MRTA/MRTT tidak melindungi peminjam daripada PENYAKIT KRITIKAL!!! 

Tahukan anda 60% daripada kematian di Malaysia ialah kerana penyakit kritikal? Tiga penyakit kritikal yang utama masa kini:

  1. Kanser
  2. Penyakit Jantung
  3. Strok

Bagaimana jika peminjam terkena salah satu penyakit kritikal dan BELUM meninggal?

Adakah MRTA/MRTT membayar pinjaman perumahan peminjam? jawapannya…TIDAK sama sekali!

Bagi pihak bank, jika peminjam masih hidup, walaupun sakit teruk, hutang tetap hutang, bayaran mesti dijelaskan apabila sampai masanya!

Realitinya, jika seseorg itu menghidap penyakit kritikal, boleh atau tidak individu tersebut bekerja seperti biasa? TIDAK! Kenapa? Sebabnya orang itu pasti akan pergi mendapatkan rawatan berulang kali sehingga sembuh. Apa akan jadi sekiranya pesakit tersebut bercuti tiga bulan berturut-berturut? Gaji tetap masuk seperti biasa? Adakah majikan akan sayang? atau bagi surat berhenti kerja? Anda pun tahu jawapannya…

Jika sudah diberhentikan kerja… boleh atau tidak peminjam bayar hutang rumah? Sudah tentu boleh, sekiranya ada duit simpanan, wang pelaburan, tanah, kad kredit, gelang emas, kereta… selepas habis dijual, apa akan jadi? Rumah kesayangan tidak mampu dibayar… lalu masuklah gambar rumah itu dalam lelong.com dan kesian kepada keluarganya…

Kenapa MRTA/MRTT tidak membayar pinjaman perumahan? Sebab peminjam masih hidup… dan tidak pula cacat kekal… Nah, nampak tak masalah ini? Berlaku atau tidak dalam masyarakat kita? Memang berlaku… tak percaya? Selalu-selalulah tengok ruangan akhbar kolum bankrap/muflis, anda akan jumpa jawapan disitu..

Apa pilihan yang ada?

Anda boleh memilih untuk MLTT (Mortgage Level Term Takaful)

Kenapa?

Sebabnya ialah MLTT melindungi tiga perkara:

1. Kematian
2. Kecacatan kekal
3. 36 Penyakit Kritikal (rider)

Sekiranya penyakit kritikal berlaku, syarikat takaful akan membayar lump sum CASH kepada pemegang polisi! Maka gunalah duit tersebut untuk melunaskan semua hutang-hutang rumah anda kepada bank, selesai! Syaratnya ialah..pastikan jumlah perlindungan (sum Cover/TPD benefit & 36 critical illness) bersamaan dgn nilai rumah anda…

Contoh :

Harga Rumah  RM300,000

MLTT perlindungan :

Kematian/Kecacatan Kekal  RM300,000

36 Penyakit Kritikal RM300,000

Jaminan perlindungan MLTT kekal pada nilai yang sama sepanjang tempoh selagi polisi tidak ditamatkan (RM300k) dan biasanya ada cash value, berbanding dengan MRTA, apa yang anda bayar hangus dan nilai perlindungan pula berkurangan mengikut tahun (itulah maksud “R” pada MRTA = reducing)…

Sampai disini dulu coretan ringkas saya. Harap-harap dapat membantu. Jika anda masih tidak pasti, rujuklah kepada pakar perancangan kewangan anda.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Advertisements
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.