Penipuan semasa membeli sijil takaful.

Assalamualaikum? Disini saya ingin coretkan satu info yang saya rasa penting dan perlu diketahui oleh pelanggan yang ingin membeli Takaful.

Baiklah saya ringkaskan penceritaan begini. Sewaktu pelanggan ingin membeli Takaful, Beliau perlu mendedahkan tetang status keadaan kesihatannya. Ejen Takaful pula perlu memberitahu pelanggan kenapa pentingnya pendedahan ini.

Sebagai ejen Takaful yang berpengalaman saya mempunyai teknik dan cara tersendiri untuk mendapatkan info ini dari pelanggan dan sekaligus pelanggan akan mengetahui kenapa pentingnya pendedahan ini. Biasanya saya akan bertanya begini :

1) Adakah Tuan/Puan mempunyai sebarang penyakit?

2) Pernahkah Tuan/Puan sakit atau kemalangan dan di masukkan ke hospital? Jika ya. Akan ada soalan susulan. Sakit apa? Hospital mana? Bila? Apa rawatan yang doktor berikan? Adakah sakit itu telah sembuh sekarang? Saya juga akan meminta salinan report doktor jika beliau ada menyimpan.

3) Sejarah keluarga Tuan/Puan ada mengidap sebarang penyakit?

Semua pertanyan itu dengan penuh intonasi suara dan gerak badan yang baik. Supaya perbualan dengan pelanggan mesra. Tidaklah terlalu nampak terlalu serius. Kemudian saya akan masukan cerita pihak ketiga. Begini ceritanya :

Dulu kawan saya pernah mengalami satu kes penipuan dari seorang pelanggan yang membeli sijil Takaful. Semasa membeli sijil takaful, pelanggan itu menyatakan tahap kesihatannya semua sihat belaka. Lalu permohonan sijil takafulnya lulus. Selepas setangah tahun tiba-tiba pelanggan itu Claim (tuntutan) kerana sakit jantung. Lalu syarikat Takaful menjalankan siasatan dan mendapati pelanggan itu telah mengidap penyakit jantung sebelum memiliki sijil Takaful. Lalu kelulusan Claim (tuntutan) itu gagal.

Tujuan saya menceritakan kisah pihak ketiga ini kepada pelanggan kerana tidak mahu beliau menipu sewaktu membeli sijil takaful dan sekali gus pelanggan akan tahu risiko jika beliau memberi informasi palsu kepada saya.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Advertisement

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Artikel, Info and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.