Assalamualaikum?
Saya menerima panggilan telefon dari sesorang menyatakan ingin mengambil takaful. Lalu saya terus menetapkan tarikh dan masa untuk memberi penerangan penuh tentang takaful.
Sewaktu saya berjumpa prospek tersebut, saya bertanya kepada beliau. Kenapa En.Prospek ingin mengambil takaful?
Propek tersebut pun menceritakan sebab kenapa beliau nak terus mengambil takaful. Rupanya minggu sebelumnya beliau mengalami kemalangan motosikal dan kakinya luka dan terseliuh. Beliau bernasib baik kerana setelah di x-ray tiada tulang yang patah. Beliau juga agak kesal dengan majikannya. Rupa-rupanya majikannya tidak mengambil sebarang insurans dan socso untuk perkerjanya.
Beliau amat risau jika berlaku keadaan yang lebih teruk. Peristiwa kemalangan itu terus mengingatkan beliau kepada takaful. Beliau menelefon saya kerana tahun lepas saya pernah mencadangkan kepada beliau untuk mengambil takaful.
Kadang kala sesebuah peristiwa yang berlaku ada hikmahnya. Saya juga memberitahu bahawa takaful adalah satu perancangan kewangan. Perancangan takaful perlu dibuat seawal mungkin. Ini kerana kita tidak tahu bila musibah akan berlaku. Di tambah juga takaful mempunyai nilai simpanan. Jika pelan takaful di ambil seawal mungkin (usia muda), nilai simpanan ini akan lebih banyak.