Beli Rumah Tanpa Takaful / Insurans

Assalamualaikum? Saya terpanggil untuk kongsikan satu pengalaman berjumpa dengan seorang prospek. Beliau hampir mencecah umur 40tahun. Saya bersembang-sembang dan sambil itu beliau memberitahu baru membeli sebuah rumah teres berharga 500k. Saya terus bertanya bagaimana loan beliau? dan jawapan beliau alhamdulillah semua telah lulus.

Saya bertanya lagi ada ambil takaful atau insurans untuk rumah itu? Beliau berkata tidak mengambil apa-apa Takaful atau insurans bagi rumah itu. Saya terus memberi pandangan kepada beliau tentang kepentingan MLTT. Jawapan yang saya terima lagi, beliau mempunyai life insurans dengan perlindungan 150k bagi kecacatan kekal dan Kematian yang telah dibeli beberapa tahun lepas.

Saya memberi pencerahan lagi bahawa loan rumah 450k. Manakala perlindungan insurans sedia ada 150k. Ini bermakna perlindugan yang ada tidak mencukupi. Masih kurang perlindungan rm300k. Tambahan pula tiada perlindungan 36 Penyakit Kritikal.

Rumah adalah satu asset yang penting dan berharga. Tak kan kita sanggup membiarkan rumah dilelong akibat tidak mampu membayar komitment bulanan bank. Antara perkara yang selalu didengari rumah di lelong adalah berkait masalah kesihatan penyakit kronik. Sanggupkah kita? Apa perancangan kita?

Plan yang paling minimum yang saya cadangkan adalah rm150 sebulan dengan perlindungan 75k Khairat kematian, Kecacatan kekal, 36 Penyakit Kritikal dan mempunyai nilai simpanan. Selepas 20tahun mencarum, nilai simpanan bersamaan dengan jumlah nilai caruman iaitu rm36k. Maka tiada sebarang kerugian berlaku. Saya mencadangkan Plan paling minimum ini kerana tidak mahu membebankan prospek dengan caruman yang tinggi.

Lebih utama apabila berlaku salah satu dari 36 penyakit kritikal setidak-tidaknya prospek itu mempunyai rm75k yang mampu digunakan menampung bayaran bulanan bank secara sementara. Plan perancangan lain perlu dilaksanakan apabila perkara ini berlaku, Kerana nilai pampasan tidak cukup untuk menampung nilai loan rumah. Mungkin boleh memproses menjual rumah tadi. Tapi penjualan rumah mengambil masa yang lama. Dengan adanya rm75k ini bolehlah menampung bulanan bank semasa proses penjual ini. Apapun ini sebagai idea sahaja.

Prospek boleh juga menambah perlindungan dari masa ke masa sekiranya bajet beliau betul-betul ketat.

Award GET

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

 
Advertisement

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Artikel, Home and tagged , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s