Mengenalpasti aliran wang peribadi

Assalamualaikum?

Disini saya ingin berkongsi sesuatu. Maklumat ini saya dapat dari salah satu seminar yang pernah saya ikuti. Saya akan cuba kongsikan secara ringkas. Rasanya elok juga di awal tahun 2014 disemak aliran kewangan masing-masing. Ikuti penerangan budget bulanan dibawah. Insyaallah sebagai panduan.

budget aliran wang bulanan

1. Perbelanjaan Bulanan – ianya adalah 60% dari pendaptan bulanan

Contoh perbelanjaan bulanan : Ansuran kereta, Ansuran rumah, Credit Card, Makan, Barang dapur, Bill astro, telefon, loan dan lain-lain.

Paras yang baik untuk perbelanjaan bulanan 60% dari pendapatan bulanan atau kebawah. Ambil serius perkara ini jika telah melebihi 60% dari pendapatan bulanan. Fikirkan sesuatu untuk menambah pendapatan supaya perkara ini tidak berlarutan.

2. Simpanan – ianya adalah 30% dari pendaptan.

Dalam ketegeri simpanan juga, ianya dipecahkan lagi. 10% simpanan jangka panjang. 10% plan takaful. 5% dana pelajaran. 5% sedekah / memberi ibubapa.

Kebanyakan orang yang saya jumpa tidak dapat membuat budget ini. Perkara ini berlaku kerana Perbelanjaan bulanan mereka telah mencecah 90% dari pendapatan. Maka saya berpendapat mereka patut mencari pendapatan tambahan disamping mengurangkan sedikit demi sedikit perbelanjaan. Sekiranya mereka masih mencari-cari cara untuk tambah pendapatan jom sertai saya.

3. Hiburan – ianya adalah 5% dari pendapatan.

Kategori hiburan ini contohnya : Tengok wayang atau perkara-perkara yang memberi kita kegembiraan. Ianya boleh juga seperti membeli jam tangan atau baju. Orang kata bila kita guna duit budget ini, kita dapat kegembiraaan. lebih kurang macam begitu. Mungkin barang yang kita nak beli harganya agak mahal. kita boleh simpan 5% dari budget ini setiap bulan dan apabila cukup diguna untuk membelinya.

4. Di luar jangkaan – ianya adalah 5% dari pendapatan.

Ialah kadang-kadang saudara/ kawan baik kita mendapat baby mesti nak beri sedikit hadiah. Kadang-kadang ade jemputan majlis kahwin atau apa perkara yang di luar jangkaan kita.

Pesanan saya : Berbelanjalah mengikut kemampuan dan kenal pasti keperluan atau kehendak sebelum membeli sesuatu barang. Utamakan keperluan dahulu.

Jika ada yang ingin mendapatkan quotation takaful percuma.

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710
 

Advertisement

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Artikel and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.