Assalamualaikum saudara saudari pembaca yang dihormati. Apa yang dicoret ini adalah perkongsian idea berkaitan kewangan, hartanah, dan Takaful.
Zul kongsikan satu simulasi. Prospek berumur 35 Tahun membeli hartanah berharga Rm500k. Tempoh pinjaman 35 Tahun dengan kadar faedah bank andaian 4%. Maka bayaran bulanan pinjaman lebih kurang Rm2,134.74
Jika dikira melalui financial calculator total Payment adalah Rm929,825.40 dan Total faedah Rm429,825.40 sedangkan jumlah pinjaman hanya rm500k. Wow tinggikan total faedah itu.
Mari kita lihat – Faedah ini berdasarkan 4% sedangkan kadar Faedah ini akan berubah berdasarkan ekonomi. Ianya boleh turun dan naik serta formula contoh kadar faedah = BR + x.xx. Dari segi loan hartanah BR ini adalah Base Rate yang berubah ikut pasaran ekonomi semasa. Boleh google – BR ini berubah mengikut kadar OPR. Secara ringkasnya tempoh pinjaman 35 tahun dengan kadar faedah yang boleh berubah-ubah, Wow berpeluh jika kadar faedah ini naik. Tiada jaminan kadar faedah kekal rendah.
Disebabkan perkara diatas Zul galakkan peminjam untuk membayar lebih kepada pinjaman hartanah. Ia dapat menjimatkan faedah dan Tempoh pinjaman menjadi pendek. Senang cerita set minda bayar lebih utk pendekkan tempoh pinjaman rumah.
Satu lagi faktor yang perlu diambil kira adalah umur. Bayangkan dah bersara umur 55 atau 60 masih kena bayar loan rumah. Daya kekuatan nak bekerja ketika usia lanjut makin lemah. Manakala kos sara hidup juga tinggi ketika itu. Maka settel loan lebih awal lebih baik. Bolehlah fikir untuk holiday waktu bersara kalau loan rumah dah selesai Hahaha. Tak perlu risau untuk bekerja waktu bersara.
Mari kita study sikit – Kalau bayar loan rumah itu lebih rm300 setiap bulan. Ikut calculator financial akan dapat penjimatan faedah sebanyak rm108k dengan penjimatan tempoh 93 bulan (7.75 tahun).
Jika anda ikut cara ini – Strategi seterusnya boleh gunakan simpanan KWSP untuk setel semua hutang ketika bersara. Berdasarkan simulasi bayar lebih sebulan rm300 dengan kadar tetap faedah 4% baki hutang anda waktu berusia 55 tahun = rm64,500. Jumlah baki hutang ini sudah tidak telalu besar. Dan pasti akan ada lebih wang KWSP itu kan. Boleh guna untuk holiday sbb dah bersara umur 55. Maksudnya anda telah setelkan semua pinjaman rumah dalam tempoh 20 tahun je.
Mana nak cari lebihan duit rm300 untuk bayar loan rumah setiap bulan? Masa umur muda inilah buat sesuatu. Kalau tak buat sesuatu tak kan datang rm300 lebihan duitkan. Tak salah cuba join industri takaful dengan menjadi perunding takaful. Ingin tahu lanjut macam mana jana income sebagai perunding takaful?
Zul belum sentuh lagi tentang MLTT iaitu perlindungan tentang hartanah jika berlaku kematian / lumpuh. Sebelum terlupa MLTT dari Great Eastern Takaful mempunyai beberapa pilihan, antaranya bayaran selama 20tahun dan perlindungan 25/30 tahun atau bayaran 10tahun perlindungan 25/30 tahun.
Jika anda rasa perkongsian ini bermanfaat kongsikan kepada rakan-rakan anda.
Dengan pengalaman sejak dari tahun 2005 dalam industri kewangan ini. Bagi yang merancang mencari plan MLTT yang bersesuai boleh klik
Mohd Zulkiffli Mohd Nur Unit Manager Great Eastern Takaful 019-3321710 http://0193321710.wasap.my