Assalamualaikum? Zul kongsikan tajuk ini.
Sebenarnya beberapa bulan lepas Zul telah lulus exam berkaitan Harta Pusaka di Mypusaka. Zul juga telah menghadiri kelas dan kursus induksi berkait Harta. Di dalam kursus ini Zul di terangkan tentang pengurusan Harta semasa hidup dan perlaksaan pembahgian Harta Pusaka serta pemahaman Faraid. Pandangan Zul Pengurusan Harta ini patut di ketahui oleh semua orang islam. Zul akan cuba terangkan serba sedikit kepentingan Dana Pantas dalam pengurusana harta.
Masalah yang timbul berkait Harta
- Rm 66 billion tidak dituntut (Harta Pusaka Beku)
- Hampir 1 juta geran tanah kepunyaan si mati ( Geran tak tukar nama )
- Hutang Si mati
- Kakak bolot tanah pusaka
- Kos sara hidup anak di bawah umur selepas suami meninggal dunia
Anda boleh google lihat masalah diatas. Kes-kes ini berlaku kerana kurangnya ilmu pengurusan harta. Perkara yang utama sekali perlu ada Dana Pantas.
Kenapa Dana Pantas ini penting? Selepas berlaku kematian semua harta tidak berpenama akan beku. Ia perlu melalui proses mendapatkan surat kuasa atau probet. Di pendekkan cerita semua ini memerlukan wang. Ia nya adalah kos urus harta pusaka, dan ramai yang tidak pernah terfikir. Maka perlu Dana Pantas. Bagi harta yang berpenama, Harta tadi perlu dibahagikan mengikut Faraid. (Harta alih seperti KWSP, Tabung Haji, Duit di islamik bank, Asb, Saham dan lain2)
Kos mengebumian dan kenduri serta melunaskan hutang arwah atau menunaikan badal haji. Ianya memerlukan wang. Maka perlu Dana Pantas.
Bagaimana pula dengan Kos sara hidup isteri dan anak2 di bawah umur selepas kematian si suami? Adakah Suami telah sediakan wang? Maka perlu Dana Pantas.
Bagaimana dengan pembahgian faraid ? Bagi hartanah adakah nak masuk semua nama waris faraid dalam geran ? Apa implikasi dalam geran yang banyak nama ? Dengan adanya Dana Pantas – Si isteri boleh tebus hak waris lain. ( untuk terang lebih lanjut perkara ini Zul boleh terangkan lebih detail secara temujanji )
Dana Pantas melalui Hibah Takaful adalah salah satu solusi. Zul cadangkan Hibah Takaful Rm500k atau lebih. Hibah Takaful ini terlepas dari pembahgian Faraid. Di mana penerima Hibah ini boleh menggunakan wang ini tanpa meminta persetujuan waris faraid. Maka penerima Hibah boleh menggunakan wang untuk sara hidup anak2 di bawah umur, bayar hutang arwah, buat badal haji arwah, urus kos kebumi dan kenduri, urus kos urus harta pusaka, tebus hak waris faraid lain bagi memboleh kan geran satu nama sahaja dan kos2 lain.
Plan Hibah takaful ini juga memberi manfaat hilang upaya kekal dan memberi nilai tunai selepas 20 ke 30tahun. Jika difikirkan semula ia ibarat satu plan simpanan. Carum setiap tahun dapat manfaat hibah / TPD / nilai tunai.