Jiwa seorang agent takaful

Assalamualaikum dan sy doakan anda semua sihat sejahtera.

Mari kita sesama doakan kepada warga Palastin. Semoga Allah memberi kekuatan dan ketabahan kepada mereka. Ya Allah tamatkan peperangan di palastin. Amin

Saya menyertai bidang kewangan ini bermula sebagai agent insurans pada tahun 2005. Cuba kira berlama sudah masa berlalu. Ketika itu Great Eastern belum mendapat lesen takaful. Apabila Great Eastern Takaful dilahirkan pada 2010 sy terus menyertainya. Sehingga kini sy telah menjadi agensi manager. Sy menguruskan agensi dan juga masih membantu client dalam membuat perancangan kewangan.

Ada di antara agent-agent dibawah agensi saya yg terkena terminate atas sebab tidak cukup kelayakan jualan / CPD nya. Maka seluruh client dibawah agent itu akan berada dibawah jagaan agensi sy. Adakalanya sy tidak mengenali mereka. Sy telah mempunyai seorang assistant yg ditugaskan utk memaklumkan sebarang tunggakan caruman takaful jika ada. Kami buat yg terbaik. Kadang kala tiada reply atau sebarang ucapan terima kasih kpd kami. Jika sijil takaful lapse agak sukar untuk kami membantu dalam urusan claim, Sbb itu kami memaklumkan kpd client jika ada tunggakan caruman takaful. Setakat ini kami menggunakan wasap.

Image diatas adalah claim yg sy berjaya bantu uruskan. Nilai claim Rm4,386.68. Claim operation tumor. Sy juga doakan client ini diberi kesihatan yg baik. Perkara yg paling penting kepada pemilik sijil takaful adalah memastikan plan mereka sentiasa inforce (lulus). Anda boleh juga menyemak portal https://igetintouch.greateasterntakaful.com/econnect-new/#/login

Tanggungjawap untuk memastikan sijil takaful lulus adalah tanggungjawap pemegang sijil (kena buat caruman setiap bulan). Agent sebagai memaklumkan jika ada sebarang tunggakan.

Promosi Medical Paling Onz 21 oct – 31 oct 2023.

  1. Limit tahunan bagi Pelan 150 menjadi rm300k. Maksudnya setiap tahun medical kad ada limit rm300k.
  2. Limit tahunan bagi Pelan 200 menjadi rm500k. Maksundnya setiap tahun medical kad ada limit rm500k.
  3. Life time limit adalah tiada had.

Info lanjut

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , , | Leave a comment

Apa itu SBR, BR, BLR, ELR?

Assalamualaikum?
Zul doakan anda sihat sejahtera.

Di kesempatan ini Zul ingin kongsikan secara ringkas tentang kadar faedah pinjaman bank. Zul berkongsi ini dengan tujuan untuk lebih ramai orang memahami perjalanan pinjaman mereka. Perkataan SBR, BR, BLR, ELR, OPR dan CPR ini semula adalah kadar.

Kadar-kadar ini penting bagi keuntung bank. Dalam offer letter pinjaman ada ditulis perkara ini. Zul cuba sampai dibawah :

BLR : Sebelum 2015
Sebelum tahun 2015 bank menggunakan kadar pinjaman asas (Base Lending Rate)
Bagi perbankan islam ia dikenali kadar pembiyaan asas (BFR)

BR : 2015 hingga July 2022
BR dikira berdasarkan kos dana dan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) setiap bank, bersama dengan risiko kredit peminjam, premium kecairan, kos kendalian, dan margin untung. Secara ringkas, bank di Malaysia boleh menentukan kadar faedah mereka sendiri, berdasarkan formula yang ditetapkan oleh bank pusat dan menggunakan kadar BNM sebagai penanda aras.

Di dalam pembiyaan islamik, ada satu perkara yg ramai tak tahu. Iaitu CPR (Contracted profit rate)
CPR adalah kadar maximum dalam sebuah pembiayaan. Maksudnya jika kadar EPR melebihi 10.75% maka kadar CPR akan digunakan. Ini adalah contoh seperti image offer letter dibawah.

Pandangan Zul pembiyaan islamik ini bagus kerana ada satu kadar max. Sbb kita tidak tahu apa yg akan berlaku di masa depan. Melalui pembacaan zul tahun 1997 – 1998 pernah berlaku krisis kewangan asia yang mana BLR pernah mencecah 12.27%.

Image dibawah juga menunjukkan kadar BR berubah. Base rate berubah kepada 4%. Maka EPR menjadi 4.8%. Formula bagi kadar EPR = BR + 0.80%.

SBR : Berkuatkuasa 1 Ogos 2022
Kadar BR digantikan kepada SBR (Standardised Base Rate).

Secara mudahnya apabila ada perubahan OPR (overnight policy rate) maka SBR juga akan berubah. Dan bayaran monthly pinjaman bank akan berubah.

ELR : Effective Lending Rate
Bagi pembiayaan islamik ia dikenali EFR (Effective Profit Rate)
Perkara ini yg perlu peminjam kira. Jom tengok contoh formula dibawah.

Contoh : ELR = SBR + 1.6%
Maka ELR = 3.0 + 1.6%
Kadar keuntungan Bank : ELR = 4.6%

(SBR dari may – oct 2023 = 3.0) kadar SBR ini akan berubah mengikut perubahan OPR. Manakala perubahan kadar OPR ditentukan oleh bank negara.

Rumusan ringkas
Perubahan OPR : BLR akan berbubah
Perubahan OPR : BR akan berubahah
Perubahan OPR : SBR akan berubah
Perubahan OPR : CPR tidak berubah (kadar siling bagi pembiyaan)
Bila ada perubahan OPR maka bayaran bulanan juga akan berubah.

Info OPR https://www.bnm.gov.my/-/monetary-policy-statement-07092023

Perkara yg dikongsi diatas agak pening jugakan. Ialah melibatkan metamatik. Tapi ada satu perkara lagi yg penting iaitu MLTT. Ianya adalah perlindungan terhadap loan rumah (Mortgage Level Term Takaful). Ambil pinjaman perumahan kena ada MLTT juga. Boleh tonton youtube utk lebih faham

https://www.youtube.com/watch?v=m4uhEdQ_mLg

Zul kongsikan juga info

https://www.propertyguru.com.my/bm/panduan-hartanah/kadar-asas-br-dan-kadar-pinjaman-asas-blr-33798

https://www.iproperty.com.my/guides/latest-base-rate-blr-effective-lending-rates-banks-malaysia-faq-26047

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Kenapa Plan Medical Kad yang memiliki nilai tunai baik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda yg dikasihi. Sy ingin lagi berkongsi kali ini tentang kebaikkan medical kad plan yg ada nilai tunai. Dalam bahasa mudah Plan medical kad yang ada simpanan.

Sebenarnya ada 2 jenis medical kad.
1. Yang Standalone – Tiada simpanan. Tiada manfaat kematian/lumpuh.
2. Yang ada simpanan – akan ada manfaat kematian/Lumpuh sekali.

Saya kongsikan ini melalui pengalaman saya hampir 18 tahun tahun dalam bidang kewangan ini. Ini adalah claim yg sy berjaya bantu uruskan untuk client.

Ceritanya begini. Client sy ini mengambil plan medical kad ini pada tahun 2013 sehingga ke hari ini telah 10 tahun plan ini lulus. Client sy mengambil plan medical kad yang ada nilai simpanan. Sepanjang tempoh kehidupan ini kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Di takdirkan client sy ini berhenti kerja. Pada mulanya beliau memaklumkan kepada sy untuk menutup plan medical kad ini.

Lalu sy mengambil kesempatan untuk menzirahi client ini dan kami sempat berjumpa dan bersembang. Sy menasihati client supaya tidak menutup plan tersebut, kerana plan dah lama lulus. Kalau nak ambil plan medical kad di masa depan bukan senang utk lulus. Kerana tahap kesihatan dan faktor umur. Beliau bersetuju tetapi beliau tidak mampu utk membayar plan medical kad tersebut disebab telah tidak berkerja lagi. Sy maklumkan kepadanya plan medical kad ini memiliki nilai simpanan. Jika tak bayar nilai simpanan ini akan di deduct sedikit demi sedikit utk tabaru caj.

Last client sy membayar plan ini adalah pada 17 feb 2019. Selepas dari itu, tiada lagi bayaran dibuat. Mari kita lihat – plan masih lulus (inforce) sehingga ke hari ini. Sudah 4 tahun tidak dibayar caruman takaful.

Kemudian pada july 2023 client sy ini warded selama 3 hari. Mari kita lihat boleh ke claim?

Claim Elaun ward dan bill hospitalization lulus. Saya amat bersyukur dapat membantu beliau.

Bill hospital yang lulus claim Rm1948.26

Elaun ward 3 hari = rm300 juga lulus.

Kepada anda yang memiliki plan medical kad standalone boleh timbang-timbang untuk convert plan kpd medical kad yg ada saving. Kerana saving ini mungkin membantu anda sekiranya satu masa anda tidak mampu untuk mencarum atas sebab-sebab tertentu.

Inginkan khidmat nasihat tentang Medical Kad terbaik. Hubungi :

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , , , | Leave a comment

Adakah wang persaraan anda mencukupi?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca yg dikasihi. Saya berkongsi di blog ini, moga seba sedikit perkongsian ini memberi manfaat.

Sy pecah fasa kehidupan ini kepada 4 fasa.
Fasa 1 – Umur 0 – 20 ketika ini dalam masih belajar.
Fasa 2 – Umur 21 – 40 ketika ini mula bekerja dan beli kereta, rumah, kahwin dan dapat anak.
Fasa 3 – Umur 41 – 60 ketika ini munking tukar kerja, tukar kereta, beli lagi rumah untuk investment dan anak-anak mula membesar.
Fasa 4 – Umur 60 – 80 keitka ini bersara. Inilah antara fasa yg merisaukan kerana tidak berkerja lagi.

Adakah wang simpanan kita mencukupi untuk bersara? Bagaiman pula dengan inflasi? Ialah nak beli teh tarikh bungkus sekarang dah cecah rm2.50. Kalau lagi 20 tahun, berapa pula teh tarikh? inilah perumpamaan yg mudah utk difahami tentang inflasi. Bagaiman pula tentang kos medical ketika bersara nanti? Mari kita semak tempoh pinjaman perumahan, Adakah telah selesai hutang rumah waktu bersara? ini semua merisaukan.

Perancangan perlu dilakukan dari sekarang. Jika keperluan bulanan rm3k sebulan maka sekurang diperlukan rm720k (utk tempoh 20tahun persaraan iaitu dari umur 60 – 80). Sy kongsikan ciri-ciri penting dalam membuat perancangan persaraan :
1. Kena paksa simpan – Kalau tak simpan dari sekarang bila lagi?
2. Plan simpanan yg susah keluar. – Kalau simpan lepas itu keluarkan, maka tak jadilah wang utk persaraan
3. Simpan di tempat yg selamat dan risiko rendah. Jgn simpan di skim cepat kaya atau tempat-tempat berisiko tinggi.

Di Great Eastern Takaful ada satu product yg memiliki 3 ciri-ciri diatas. Malah mempunyai 2 lagi manfaat tambahan. Ciri-ciri tambahan ini tiada di tempat simpanan lain.

Pertama ialah waiver contribution – jika berlaku penyakit kritikal maka caruman setiap bulan tidak perlu lagi dicarum oleh pencarum. Pihak company akan carumkan carumannya mengikut tempoh caruman.

Kedua ialah sekira berlaku meninggal dunia. Maka baki terkumpul dari plan persaraan ini akan diberikan 100% kepada waris yg dihibahkan. Tidak seperti akaun di bank / kwsp yang wang ini akan diberikan kepada penama dan penama adalah wasi yg perlu bahagikan mengikut faraid.

Saya suka berkongsi tentang lebih detail plan in. Jika anda masih mencari plan persaraan yg sesuai boleh hubungi

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Wasiat & Hibah saling melengkapi perancangan harta.

Assalamualaikum Semua.

Adakah waris tahu apa harta anda?
Harta ada 2 kategeri :

Harta Alih – Bank akaun, Tabung Haji, ASB dan lain-lain.

Manakala Harta Tak Alih – Tanah, Rumah, Kebun Sawit, Banggunan dan lain-lain.

Adakah waris tahu apa hutang anda?

Hutang – Kad Kredit, Rumah, Kereta, Personal Loan, dan lain-lain.

Bagi mengelakkan perbalahan waris berkaitan harta si mati. Proses lantikkan wasi perlu dilakukan sewaktu hidup. Di situlah datangnya kepentingan wasiat. Di dalam wasiat ada pernyataan perlantikan wasi dan segala senarai harta dan hutang. Di dalam wasiat juga boleh dinyatakan 1/3 harta yang ingin beri kepada bukan waris faraid, contoh nak wakaf kepada rumah anak yatim, anak angkat atau lain-lain. Ingin saya tegaskan sekali lagi 1/3 kepada bukan waris faraid.

Kenapa pentingnya hibah takaful? Ianya sebagai pemudah cara bagi proses pencairan harta dan hadiah kepada waris yang tersayang. Wang hibah tidak melalui proses faraid. Manakala waris yang menerima wang hibah takaful boleh menggunakan utk kelangsungan hidup. Contoh anak bawah umur – kos saraan anak sekolah.

Mari saya kongsikan satu gambaran sekiranya seorang suami meninggal dunia dimana loan rumah perlu dibayar sedangkan segala akaun simpanan bank suami beku. Dan proses urusan pencairan harta pusaka suami mengambil masa. Jika berlaku perbalahan keluarga merebut harta arwah suami, maka akan lagi panjang masanya. Tetapi loan rumah perlu dibayar sbb isteri dan anak-anak tiada tempat berteduh. Siapa yang akan bayar bulanan laon rumah? Tesepit keadaan si isteri yg tidak berkerja dan mempunyai anak yang masih kecil.

Suami yang membaca tulis saya ini, Allah telah tunjukkan satu maklumat yang penting kepada anda. Manakala isteri yang membaca tulisan ini, sampaikan kepada suami anda dan rakan-rakan anda. Setiap orang perlu ada hibah. (Kematian itu benar)

Sehingga 31 july 2023 sesiapa yang sign up plan hibah GETB akan dapat sekali wasiat percuma. Keterangan lanjut hubungi :

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , | Leave a comment

Delima Suami. Harta Beku. Meningal Dunia.

Assalamualaikum.

Sy doakan anda semua sihat ceria.

Seorang suami yang telah berusia pasti banyak kenangan bersama isteri dan anak-anaknya. Si isteri menjaga makan, pakai suami. Si isteri juga melahirkan anak dan membesarkan anak-anak dengan kasih sayang. Setiap pagi Si isteri menggosok baju, memasak, mengemas rumah dan lain2. Semuanya utk keluarga yg paling disayangi.

Kini Si suami pula memilik wang tunai yang banyak di bank. Bagi yg telah mencecah umur 50 dan keatas pasti telah merasai pengeluaran wang KWSP. Wang tunai ini agak banyak hasil titik peluh bekerja bertahun-tahun. Si suami juga tahu jika berlaku meniggal dunia semua harta akan beku (Termasuk dalam wang di bank / KWSP / ASB / TH dan lain2). Proses pengurusan dan pentadbiran harta pusaka juga rumit dan mengambil masa yang lama.

Si suami ada RM500,000.00 di bank. Kalau meninggal dunia, wang tersebut akan beku dan hak isteri hanya 1/8 sahaja (Faraid) bersamaa RM62,500.00. Sedikit nya hak isteri tersayang, sedangkan si isteri bertahun-tahun membantu menguruskan urusan rumah dan anak-anak.

Si suami berfikir kalau diberikan nya semua wang itu mungkin si isteri akan berbelanja sakan. Akan banyaklah order online dan rider datang hantar barang ke rumah. Si suami berfikir lagi kalau berlaku pergaduhan dan bercerai bagaimana pula? Si Suami berfikir lagi kalau si isteri pula meninggal dulu macam mana? Inilah DELIMA SUAMI.



Apakah pilihan yang ada? Takaful Hibah.
Mencarum RM300 setiap bulan untuk isteri & keluarga.

Jika berlaku meninggal dunia :
1. Harta Tunai Tersedia untuk orang tersayang

2. Harta tidak beku dan tidak melalui proses pengurusan/ pentadbiran yg rumit.

3. Pelindungan kecacatan kekal juga ada.

4. Nilai Tunai terkumpul selepas 15 ke 20 tahun.

PROMOSI :

10 july 2023 – 31 july 2023 Plan Igreat Nova (Hibah takaful rm300k keatas) akan terima wasiat percuma.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , | Leave a comment

Medical Card – GL decline

Assalamualaikum Semua Warga Pembaca Semua. Saya doakan anda sihat ceria n luas rezeki. Saya ingin kongsikan satu pengalaman menguruskan Claim pelanggan yang warded di Borneo Medical Centre Miri. Untuk pengetahuan semua saya berada di KL dan Pelanggan di Miri sarawak.

Pada 3 May 2023 lewat petang, Saya menerima wasap dari pelanggan menyatakan tidak sihat dan ingin warded. Lalu saya memberi panduan kepadanya bagi urusan warded menggunakan Medical Card. Dan sebaik saya memberi panduan pelanggan terus ke Hospital BMC Miri. Dan GL beliau tidak keluar sehingga lewat malam. Tetapi pelanggan telah dibenarkan warded oleh pihak hospital walaupun GL belum keluar.

Macam biasa saya menjalankan tugas menghubungi pihak hospital dan pihak Great Eastern takaful. Setelah itu saya dapati pihak Hospital tidak memohon GL langsung pada malam tersebut. Rupanya esok pagi baru pihak Doktor akan memohon GL. Saya terus maklumkan kepada pelanggan dan saya minta beliau berehat dulu.

Pada ke esokkan hari nya. Saya terkejut apabila menerima SMS dengan status GL Decline. Saya hubungi CS Great Eastern Takaful untuk mendapatkan kepastian. Dan pihak CS maklumkan GL tidak dapat dikeluarkan kerana doktor yg memohon GL itu adalah doktor dari bahagian O&G iaitu untuk kes mengandung. Seperti yg semua tahu Medical Kad tidak melindungi apa2 kes berkaitan mengandung. Tetapi pelanggan saya hanya mengalami Influenza dan beliau mengandung.

Disinilah letaknya peranan agent yg berpengalaman. Yang mana dapat memberi khidmat nasihat & panduan kepada pelanggan. Apa yg saya buat? Saya memaklumkan kepada pelanggan untuk jangan terlalu risau dan perkara yg paling penting anda dapat kembali sembuh segera.

Disebalik tabir saya hubungi pihak BMC hospital. Saya memaklumkan sekiranya pelanggan hendak discaj, Sila submit semula permohonan GL dengan total bil utk pihak Great Eastern Takaful second review. Syukur alhamdulillah pada 5 may 2023 pelanggan ini ingin discaj dan GL telah lulus.

Pada 5 may 2023 GL admission lulus dan pada 5 may 2023 GL discaj juga lulus. Kedua-dua GL ini keluar dalam tarikh yg sama. Total Bil pelanggan ini rm 3157.05 dan segala kos yg berkaitan mengandung (O&G) tidak dilindungi iaitu rm447.75 (Ok juga sebahagian besar bill dilindungi)

Saya sentiasa doakan pelanggan cepat sembuh.

Kini ada promosi dari pihak Great Eastern Takaful dari 21 april – 31 may 2023 sahaja. Sesiapa yg sign up medical kad – maka limit tahun akan naik kepada rm300k / rm500k. Keterangan lanjut

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , | Leave a comment

Panduan dapatkan penyata caruman takaful.

Salam Semua.

Penyata Tahunan Caruman Takaful perlu disimpan. Ianya akan diguna bagi pelepasan cukai pendapatan (LHDN).

Disini sy kongsikan video, cara untuk dapatkan penyata tahunan caruman Great Eastern Takaful. Semoga bermanfaat.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged | Leave a comment

Ambil Medical kad sebaik baby lahir.

Salam Semua. Minggu lepas kelam kabut sedikit. Berikutan anak sy tidak berapa sihat. Dan ditambah juga 2 org client iaitu kanak-kanak juga di masukkan ward pada 12 jan 2023. Kedua-dua mereka masuk dalam hari yg sama dan hospital yg sama iaitu Medical Centre Velocity. Lihat image diatas GL tanda lulus.

Syukur alhamdulillah sy berjaya bantu uruskan urusan GL kemasukkan ward mereka. Dan berikutan selepas itu anak sy juga terpaksa dikejarkan ke hospital. Beliau cirit dan demam on off selama seminggu. Akhirnya warded di hospital pantai ampang pada 14 jan 2023.

Sy sharekan sedikit gambar bilik ward kanak-kanak di hospital pantai ampang. Harga bilik single rm245 sehari. Manakala harga bilik double rm145 sehari.

Pengalaman saya kalau anak duduk ward sehari kos nya tak kurang dari rm1k. Kalau 5hari akan lebih dari rm5k. Jadi sebaiknya ibu bapa merancang mengambil medical kad sebaik sahaja anak lahir. Jgn tunggu lama sbb anitibodi kanak-kanak tak sama dengan orang dewasa. Di tambah juga banyak virus menyerang kanak-kanak.

Dengan Medical Kad Great Eastern Takaful sms akan di hantar sebaik sahaja GL kemasukkan ward lulus. Agent juga bertindak membantu client untuk update dari masa ke masa tentang proses GL.

Saya doakan anda yg baca artikal ini sihat ceria dan luas rezeki. amin.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , | Leave a comment

GETB Wajah Baru 2023

Assalamualaikum? Pasti ramai yg tak tahu GETB adalah pengendali takaful terbaik tahun 2022.

GETB terletak di tingakat 3 menara Great Eastern Jalan ampang. Ini adalah wajah baru. Lihat deco nya sesuai dengan jiwa orang muda.

Saya sempat juga menyemak status claim client di sini. Ambil number dan tunggu giliran.

Untuk baca penuh award Best Takaful Operator 2022 klik link ini

Nak tengok sejarah award-award yg diterima oleh GETB klik link ini

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , | Leave a comment