Warded kerana terjatuh

Pada 20 july 2024 yang lepas saya menerima wasap dari Client. Beliau memaklumkan telah berada di hospital KPJ kajang. Beliau maklumkan terjatuh sewaktu turun dari bas dan keadaan kakinya sangat sakit. Di KPJ beliau berjumpa dengan bahagian emergecy dan membawa kepada berjumpa doktor.

Ketika itu saya sedang on the way ke kenduri sedara di Nilai. Sampai di Nilai saya terus menghubungi Pihak Great Eastern bagi mengetahui status GL. Saya diberitahu bahawa pihak hospital belum memohon GL lagi. Lalu sy memohon Client untuk memaklumkan kepada counter hospital untuk proses momohon GL.

Selang beberapa jam kemudian GL kemasukan telah lulus. Syukur Alhamdulillah.

Saya dan wife juga sempat menziarahi client di KPJ kajang beberapa hari selepas itu.



Kos rawatan ini mencecah rm25k. Hanya utk rawatan selama 4 hari. Kepada anda yang diluar sana, Yang belum memiliki Medical Kad, Boleh merancang untuk mengambil Plan Medical Kad.

Sy boleh katanya kos Medical makin lama makin mahal. Kenaikkan harga medical amat menakutkan.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , | Leave a comment

Video Penerangan MLTT dan Kaedah Interest Loan Rumah

Salam Semua

Lama juga saya tidak update blog ini.
Maklumlah agak busy sedikit beberapa ketika ini menguruskan agency.

Kali ini saya ingin kongsikan
Video Penerangan MLTT dan Kaedah Interest Loan Rumah
Anda boleh klik link youtube ini
https://www.youtube.com/watch?v=07I4TMps0SA

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , , , , | Leave a comment

Rm200k Claim Hibah Takaful

Ini adalah hibah takaful. Cuba lihat jumlah claim hibah takaful ini : rm200,372.00 untuk yang tersayang. Claim ini telah diuruskan oleh agent dibawah saya iaitu Al Furqran. Claim ini baru sahaja lulus iaitu pada 1 april 2024.

Untuk pengetahuan semua GETB menyediakan plan hibah takaful yang mampu milik dan telah mengidap penyakit pun boleh lulus tanpa medical check up. Cuma Plan ini akan tutup pada 30 april 2024. Tinggal beberapa hari sahaja lagi.

Saya teruskan kepada yang berminat untuk sertai plan hibah takaful ini. Boleh tengok harganya.

Sebelum Plan ini tutup anda boleh wasap / hubungi sy. Insyaallah sy bantu akan bantu anda

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Hibah Takaful Dijamin Lulus,1 Bulan lagi akan berakhir.

Plan ini telah membuka ruang untuk warga Malaysia yang telah mempunyai penyakit untuk menyertai perlindungan Takaful untuk pampasan KEMATIAN sehingga 30 APRIL 2024.

1 BULAN LAGI AKAN BERAKHIR

Ya, pendaftaran plan i-Great Ilham akan berakhir pada 30 APRIL 2024 atau 6000 permohonan pertama sahaja. Plan ini ditawarkan warga Malaysia yang telah diagnosed ‘sakit’, termasuk yang sudah ada penyakit jantung dan kencing manis. Sumbangan bulanan serendah RM18 sebulan.

KENAPA PERLU MENDAFTAR PLAN NI?
Boleh dijadikan sebagai wasiat tunai terus dapat kepada waris yang kita kehendaki dengan konsep hibah tanpa melalui proses amanah raya dan faraid.
Boleh dijadikan sebagai plan perlupusan hutang.
Boleh dijadikan wang sara hidup keluarga. (Isteri dan anak-anak)
Mewakafkan kepada pusat tahfiz / rumah anak-anak yatim sebagai saham akhirat.
Sebagai persediaan haji kepada yg belum menunaikan haji. (Ada manfaat pilihan badal haji)
Tidak perlu medical check up. jika plan lain, jika sudah sakit pasti sukar untuk lulus.

Kepada yang berminat untuk sign up boleh isikan borang https://bit.ly/3Ookdvu
Pihak kami akan menghubungi anda untuk memberi penerangan dan membuat temujanji.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Bill Warded 2 hari cecah > rm7k

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Bertemu kembali dalam coretan kali ini. Hari ini sy tergerak hati untuk kongsikan bill perubatan warded selama 2 hari. Satu ketika dulu kos lebih kurang 2hari warded akan mencecah rm4k – 5k tanpa operation. Tapi tahun 2024 ini kos dah mencecah > rm 7k (Tanpa operation juga).

Bill diatas adalah yg terkini dalam bulan Mac 2024.

Bagaimana dengan kos warded di masa depan? Adakah akan turun? Rasanya mungkin akan naik lagi? Jadi prepare diri anda dengan memiliki satu plan Medical Kad.

Sekurang-kurangnya jika berlaku sakit kita ada peluang untuk mendapat rawatan di hospital pakar. Cumanya untuk apply Plan medical Kad ini, anda perlu berada dlm keadaan sihat. Lagi satu kalau BMI tak cantik susah nak lulus.

Sbb itu disarankan seawal telah bekerja terus mengambil Plan Medical Kad Takaful. Semoga cerita perkongsian ini dapat memberi gambaran kepada anda tentang pentingnya Medical Kad.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , | Leave a comment

Warded kerana sakit perut.

Dalam bulan Mac ini, kami menziarahi Puan Syida yg warded. Pukul 2pagi keadaan yg cemas. Keadaan sakit sangat dibahagian perut. Lalu suaminya terus membawa ke KPJ ampang puteri.

Peranan kami memastikan GL kemasukkan ward di proses dgn segera. Alhamdulillah GL telah lulus. Ini adalah antara tugas yang kami lakukan.

Kehadiran ziarah kami, moga memberi semangat kpd beliau dan kami doakan moga beliau cepat sembuh.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , | Leave a comment

Begenang air mata isteri.

Bergenang air mata seorang isteri apabila mendapat tahu arwah suaminya ada mengambil plan hibah takaful.

Tepat pukul 11.30pagi semalam Team Greatworks Group menzirahi keluarga arwah En.Halim.

Setibanya di sana seorang wanita membuka pintu dan menjemput kami. Wanita tersebut adalah isteri kepada arwah.

Kami duduk di ruang tamu dan bertanya khabar sambil bersembang seketika. Melalui persembangan tersebut, Si isteri memang tidak tahu yang arwah suaminya ada mengambil plan hibah. Lalu kami mengeluarkan borang claim hibah untuk diisi dan ditandatangani.

Kami memaklumkan : Arwah suami puan ada mengambil plan hibah dan beliau memang betul-betul nak beri kepada puan. Arwah memang khususkan hibah ini kepada puan. Dan wang hibah tidak perlu difaraidkan. Begenang air mata seorang isteri. Sebak dihatinya. Kami juga hampir menitiskan air mata.

Arwah meninggalkan seorang isteri dan seorang anak yang masih bersekolah. Kami juga turut mendoakan semoga arwah ditempatkan Bersama-sama orang beriman.

Ejen dibawah saya iaitu Al Furqran yang menguruskan urusan ini. Semoga urusan ini dipermudahkan. Amin

Terima kasih juga Ejen Nabila Azhar bersama-sama meluangkan masa bersama kami menziarahi keluarga arwah.

#hibahtakaful

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , | Leave a comment

Anda berumur 25 – 35 Tahun ingin tambah pendapatan?

1. Berminat untuk tahu cara tambah pendapatan.

2. Majikan potong gaji anda.

3. Kos harga barang melambung tinggi. Pening nak sara keluarga?

4. Tak pernah merancang jumlah pendapatan yang patut ada untuk 3 – 5 tahun ke hadapan.

5. Ingin berjinak-jinak dalam dunia keusahawanan.

Sebelum anda menyertai bidang perniagaan anda pasti ingin tahu potensi (keuntungan yang akan diperolehi), pasaran dan cara untuk berjaya. Saya menyediakan satu survey tahap kepuasan kerjaya. Dari situ mungkin saya dapat bantu anda. Saya sediakan link survey https://bitly.ws/3efKs


Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , | Leave a comment

Risiko MRTT (Pembeli rumah kena tahu)

Hari ini saya present risiko ambil MRTT 15 tahun & Loan 25 tahun.

Sekiranya berlaku meninggal dunia dalam tahun ke 10. MRTT tak cukup utk cover baki hutang rumah. Rm101k waris kena top up. Wow besarkan risikonya.

Manakala MLTT memberi lebihan rm76k kpd waris dan baki hutang rumah selesai. Wang lebihan ini boleh digunakan untuk selesai hutang lain arwah.

Ada yg beli rumah tapi tak ambil peduli Takaful MRTT/MLTT. Wang kerja keras setiap bulan bayar hutang rumah. Penat lelah selama ini bila meninggal dunia rumah kena lelong dan waris terabai.

Pengiraan imej di atas berdasarkan kadar EPR : 4.6%. Saya tambahkan lagi 2% menjadikan pengiraan berdasarkan 6.6%. Kadar kekal sepanjang 25 tahun. (Kadar sebenar berubah-ubah kerana OPR akan berubah-ubah dari masa ke masa)

Rancang plan MLTT anda.

Penerangan percuma.

Zulkiffli Mohd Nur

Agensi Manager

0193321710

Posted in Home | Tagged , , , , , , , , , | Leave a comment

Anda yang beli rumah kena tahu walaupun telah ada MLTT.

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Tajuk hari ini, rasanya penting untuk semua orang yang memiliki hartanah. Jarang kita jumpa beli rumah secara tunai. Kalau ada pun rumah lelong mungkin.

Anda yang membeli rumah secara loan bank dan anda perlu menyemak tempoh MLTT / MRTT. Ada yang ambil 10 tahun MLTT tapi loan 35 tahun. Boleh tengok youtube ini sharing MLTT agar lebih faham https://www.youtube.com/watch?v=m4uhEdQ_mLg

Saya ingin kongsikan perkara yang sama penting dengan MLTT. Kerana MLTT hanya memberi perlindungan Meninggal Dunia dan Lumpuh sahaja. Jadi kalau berlaku penyakit kronik seperti canser, jantung atau lain2, Tiada apa2 pampasan. Sedangkan penyakit kronik ini melibatkan tidak boleh bekerja. Bagaimana nak nak bayar instalment rumah kalau tak bekerja. Di bawah ada sedikit contoh rancangan.

Loan Rumah rm300k
Kadar interest 5%
Bayaran bulanan rm1514.06

Jika berlaku penyakit kronik sekrang-kurangnya kita kena ada 5 tahun instalment rumah. Kalau perlu dijual sekali pun hartanah tersebuh tidaklah terdesak. Sbb kita ada sediakan 5 tahun punya duit bayaran. Rm1514.06 x 12 x 5 = Rm90,843.60 (ini adalah sum cover utk penyakit kritikal yg perlu diambil). Berapa bayaran bulan plan penyakit kritikal ini? Kalau umur muda, sangat murah dan tak sampai rm100 pun. Lepas 20 tahun atau 30 tahun ada nilai tunai dan boleh ambil semula.

Carum bulanan tak sampai seratus. Lepas 20 tahun atau 30tahun ada nilai tunai yg boleh dikeluarkan. Dan ada perlindungan penyakit kritikal sekurang-kurangnya 5 tahun instalment loan rumah. Bagus kan.
Sharekan ini jika bermanfaat. Ingin tahu lebih lanjut boleh wasap sy juga. Insyallah sy cuba bantu anda.

Zulkiffli Mohd Nur

Agensi Manager

0193321710

Posted in Home | Tagged , , , , , , | Leave a comment