Assalamualaikum Semua.
Zul rasa bersyukur kerana anak Zul telah kembali sembuh dari Cirit Birit dan Muntah. Hospital mengesahkan terkena Rota Virus. Zul kongsikan sedikit pengalaman ini. Teruskan pembacaan anda di perenggan dibawah.
Kanak-kanak daya pertahanan badan tidak sekuat orang dewasa. Anak Zul cirit setiap sejam dan muntah banyak kali. Beliau cirit bermula pada hari sabtu sewaktu kami balik kampung di mersing. Kami telah bawa ke klinik pada sabtu pagi. Doktor klinik beri ubat dan cirit itu berhenti seketika. Ke esokkan hari iaitu pada ahad, Anak Zul kembali Cirit birit dan muntah semula. Lalu kami terus pulang ke KL pada ahad malam.
Pada Isnin pagi, kami terus ke Hospital Pantai Pandan Indah. Ketika itu Anak Zul telah lemah badannya dan merengek je. Maklumlah baby tak pandai untuk bercakap lagi. Terus warded disitu. Kami warded selama 5 hari.
Untuk segala urusan bill Hospital Zul menggunakan Medical Kad Great Eastern Takaful. Biasanya Zul urus claim pelanggan, tapi kali ini Zul urus claim anak sendiri. Alhamdulillah Claim berjaya.
Mari kita lihat Bill Hospital ini, 5 Hari warded rm5,345.85 wow boleh tahan harganya. ini Bill tahun 2019 punya. Kalau 10 tahun lagi pasti lebih mahal sebab ada inflasi. Medical Kad memang membantu.
Kadang kala orang ingat ada medical kad, semua bill ditanggung takaful/insurans company. Cuba tengok betul-betul Bill itu. Ada perkara yang “Non-Payable Amount”. Tengok detail nya yang line warna biru itu. Itu adalah perkara selain dari rawatan cirit birit dan muntah. Ya betul perkara yang tidak berkait dengan rawatan Cirit Birit dan Muntah tidak dilindungi. Untuk harga bilik, Zul upgrade bilik single, itu yang kena tambah sikit. Mujur pakej Medical Kad ini tiada Ko-Takaful.
Oh ya Ko-Takaful adalah pakej yang ada perkongsian bill diantara pelanggan dan Company Takaful. Untuk anak Zul punya pakej, memang kami ambil pakej yang tiada Ko-Takaful.
Last sekali Zul kena bayar rm376.53 di Hospital Pantai. Tapi oklah kan Total bill > rm5K. Zul bayar sikit kira oklah. Dan dapat rawatan dan keselesaan untuk yang tersayang.
Zul juga nak ucapan terima kasih kepada semua Pakcik,Makcik, Sedara mara dan Kawan-kawan yang datang Ziarah tempoh hari di Hospital.
Mohd Zulkiffli Mohd Nur Unit Manager Great Eastern Takaful 019-3321710 http://0193321710.wasap.my