MLTT Terbaik

Assalamualaikum? Ramai pembeli rumah tercari-cari solusi terbaik bagi melindungi hutang pinjaman perumahan. Kebiasaannya pembeli rumah akan mencari info tetang MRTT dan MLTT. Mereka akan bertanya kepada kenalan, dan ada juga dan membaca melalui internet atau buku.

Zul sebagai Pakar Perunding Takaful lebih 12 tahun ingin memberi sedikit tips dalam pemilihan solusi kepada orang muda. Zul lebih mencadangkan MLTT berbanding MRTT. Dalam artikal MLTT dari posting sebelum ini, Zul telah terangkan perbezaan akan kebaikan MLTT berbanding MRTT.

Tips MLTT terbaik : Nilai Sum Cover MLTT mesti lebih dari Nilai Pinjaman. Penerangan :

Jumlah sum cover mesti melebihi nilai pinjaman. Cadangan Zul jika pinjaman rumah rm400k, Maka nilai Sum Cover MLTT Rm500k. Ada yang bertanya kenapa nilai Sum Cover kena lebih sehingga rm100k dari loan rumah (lagi tinggi lagi baik). Perlu diketahui apabila seseorang itu meninggal dunia maka hartanya akan beku. Walaupun loan rumah itu telah diselesaikan oleh MLTT tetapi nama pemilik rumah masih belum ditukar nama (iaitu nama simati). Bagi menukar nama simati kepada nama warisnya, ia memerlukan kos, iaitu kos urus harta pusaka. Jika nilai harta simati tinggi, maka tinggi juga kos nya. Ahli waris juga mungkin tidak ketahui cara untuk menguruskan semua urusan harta pusaka simati. Lalu waris melantik peguam dan ini juga melibatkan wang.

Perkara kedua yang lebih penting adalah Kos sara hidup anak dan isteri. Bila berlaku meninggal dunia dan masih ada anak yang masih kecil dan bersekolah. Setidak-tidaknya lebihan dari pembayaran hutang rumah tadi boleh digunakan untuk kos sara hidup mereka. Contoh MLTT Sum cover rm500k – Baki Hutang Rm350k (anggaran 7 tahun start loan dan meninggal) = Ballance Rm150k. Nilai lebihan Rm150k ini boleh digunakan untuk sara hidup keluarga. Zul cadangkan MLTT menggunakan sebahagian penama wasi dan sebahagian lagi penama hibah. Penama wasi adalah supaya wasi menjalankan tugas membayar hutang simati. Penama hibah pula adalah hadiah kpd waris (kos sara hidup waris).

Zul juga cadangkan orang membuat perancangan begini menulis surat perlantikan wasi dan pesanan kepada waris. Bagi memudahkan penulisan surat yang lengkap ini boleh mengambil Pakej Mymirath Warisan dari Mypusaka. Zul amati Pakej ini amat bagus. Dalam surat itu ada perlantikan Wasi, ada kaunseling pusaka kepada waris, ada senarai hutang arwah, ada pesanan pembahgian kepada waris, ada senarai harta arwah, ada senarai hutang arwah, ada wasiat kepada bukan waris, ada wasiat sedekah dan ada senarai policy takaful. Cukup lengkap MLTT + Mymirath Warisan.

Kepada yang berminat untuk solusi penuh ini boleh hubungi no tel dibawah :

Mohd Zulkiffli Mohd Nur
Pakar Perunding Takaful
Great Eastern Takaful
019-3321710

 

 

 

Advertisement

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Artikel, Berita, Home, Info and tagged , , , , , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to MLTT Terbaik

  1. Razak Hassan says:

    Salam Zul It was a great info.Thanks for sharing

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s