Assalamualaikum? Perkongsian saya kali berkait dengan satu kisah. Baru-baru ini saya ingin membuat temujanji dengan seorang kawan. Kawan ini adalah kenalan baru, berikutan saya menyertai satu aktiviti sukan. Saya cuba membuat termujanji ini beberapa kali. Temujanji kali pertama tidak berjaya kerana beliau lewat habis kerja. Seperti biasa saya teruskan usaha untuk membuat temujanji kali kedua. Manakala temujanji kali kedua juga terpaksa ditunda kerana beliau mempunyai urusan. Temujanji saya adalah untuk berkongsi tentang manfaat dan kebaikan pelan Great Eastern Takaful.
Saya cuba untuk membuat temujanji kali ketiga. Tetapi sewaktu saya ingin membuat temujanji ini, beliau dengan terus terang memberitahu saya, yang beliau telah memiliki insurans. Beliau memberitahu telah memiliki 2 policy. Beliau juga memberitahu policy beliau telah lengkap dan cukup perlindungannya. Beliau berkata tidak perlu lagi saya mencarinya untuk berkongsi tentang takaful.
Seperti biasa saya bertanya policy yang sedia ada memberi perlindungan apa? Adakah medical kad? Adakah perlindungan penyakit kritikal? atau policy yang bagiamana? Beliau terus beritahu semua lengkap. Wow… Bagus.
Selang beberapa minggu selepas itu saya cuba lagi untuk membuat temujanji. Tetapi untuk kali ini saya offer untuk review policy sedia ada. Beliau bersetuju. Sewaktu saya melihat policy sedia ada yang beliau ada, rupa-rupanya kedua-dua policy yang ada adalah policy kemalangan. Tiada langsung medical kad dan tiada langsung perlindungan penyakit kritikal. Beliau terkejut apabila mengetahui policy sedia ada merupakan policy kemalangan sahaja.
Saya bersyukur kerana dapat review policy kawan saya ini. Dengan cara ini beliau dapat mengetahui kandungan perlindunga policy yang sedia ada. Saya juga menerangkan kepentingan Medical Kad dan juga kepentingan perancangan kewangan. Akhirnya beliau bersetuju untuk sign up satu plan takaful dengan saya.