




Semakan Letter Offer & Perlindungan MRTT
Berikut adalah maklumat penting berdasarkan dokumen Letter Offer dan pelan MRTT (Mortgage Reducing Term Takaful) serta sedikit cadangan dari saya :
- Jumlah Pembiayaan
Jumlah pembiayaan perumahan adalah sebanyak RM363,842. - Kadar Pembiayaan Semasa (EPR)
Kadar Effective Profit Rate (EPR) adalah BR + 1.85%.
Pada Jun 2025, Base Rate (BR) ialah 3%, maka EPR semasa adalah 4.85%.
Nota: BR tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa. Rujuk: https://zulgreat.com/2023/10/20/apa-itu-sbr-br-blr-elr - Tempoh Pembiayaan
Tempoh keseluruhan pembiayaan ialah 26 tahun. - Tempoh Perlindungan MRTT
Tempoh perlindungan MRTT hanya 20 tahun, lebih pendek daripada tempoh pembiayaan.
Ini bermaksud, jika berlaku kematian atau hilang upaya semasa tempoh pembiayaan, hutang masih belum selesai sepenuhnya. - Revised EPR (Kadar Selepas Gagal Bayar)
Jika berlaku kegagalan membayar ansuran bulanan, kadar pembiayaan boleh meningkat kepada BR + 4.10%.
Contoh: dari 5.85% boleh meningkat ke 8.10%.
Penting: Sila rujuk Letter Offer bank untuk maklumat penuh. - Contracted Profit Rate (CPR)
CPR adalah kadar keuntungan maksimum yang dikenakan iaitu 10.75%. - Tambahan Perlindungan Yang Diperlukan
Berdasarkan pengiraan nilai baki pembiayaan pada tahun ke-20 (bulan ke-241), jumlah tambahan perlindungan diperlukan adalah kira-kira RM182,000. - Kos Lain Yang Perlu Diambil Kira
Ya, terdapat kos tambahan untuk urusan pusaka, seperti pengambilan Surat Kuasa Mentadbir (LA) atau Probate.
Anggaran kos sekitar 5% daripada jumlah nilai harta. - Cadangan Tambahan Perlindungan
Disarankan untuk menambah perlindungan untuk perkara berikut:- Kos pengurusan jenazah
- Jumlah hutang lain (seperti hutang kereta, kad kredit, pinjaman peribadi)
- Kos sara hidup anak kurang upaya (jika ada)
- Kos sara hidup isteri dan anak-anak di bawah umur
- Perlindungan Penyakit Kritikal – Perlu atau Tidak?
Ya, sangat digalakkan.
Penyakit kritikal seperti kanser boleh menyebabkan kehilangan keupayaan bekerja.
Sekurang-kurangnya, ada pendapatan gantian untuk terus membayar ansuran rumah.
Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my








