Kenapa Plan Medical Kad yang memiliki nilai tunai baik?

Assalamualaikum dan salam sejahtera anda yg dikasihi. Sy ingin lagi berkongsi kali ini tentang kebaikkan medical kad plan yg ada nilai tunai. Dalam bahasa mudah Plan medical kad yang ada simpanan.

Sebenarnya ada 2 jenis medical kad.
1. Yang Standalone – Tiada simpanan. Tiada manfaat kematian/lumpuh.
2. Yang ada simpanan – akan ada manfaat kematian/Lumpuh sekali.

Saya kongsikan ini melalui pengalaman saya hampir 18 tahun tahun dalam bidang kewangan ini. Ini adalah claim yg sy berjaya bantu uruskan untuk client.

Ceritanya begini. Client sy ini mengambil plan medical kad ini pada tahun 2013 sehingga ke hari ini telah 10 tahun plan ini lulus. Client sy mengambil plan medical kad yang ada nilai simpanan. Sepanjang tempoh kehidupan ini kita tidak tahu apa yang akan berlaku di masa depan. Di takdirkan client sy ini berhenti kerja. Pada mulanya beliau memaklumkan kepada sy untuk menutup plan medical kad ini.

Lalu sy mengambil kesempatan untuk menzirahi client ini dan kami sempat berjumpa dan bersembang. Sy menasihati client supaya tidak menutup plan tersebut, kerana plan dah lama lulus. Kalau nak ambil plan medical kad di masa depan bukan senang utk lulus. Kerana tahap kesihatan dan faktor umur. Beliau bersetuju tetapi beliau tidak mampu utk membayar plan medical kad tersebut disebab telah tidak berkerja lagi. Sy maklumkan kepadanya plan medical kad ini memiliki nilai simpanan. Jika tak bayar nilai simpanan ini akan di deduct sedikit demi sedikit utk tabaru caj.

Last client sy membayar plan ini adalah pada 17 feb 2019. Selepas dari itu, tiada lagi bayaran dibuat. Mari kita lihat – plan masih lulus (inforce) sehingga ke hari ini. Sudah 4 tahun tidak dibayar caruman takaful.

Kemudian pada july 2023 client sy ini warded selama 3 hari. Mari kita lihat boleh ke claim?

Claim Elaun ward dan bill hospitalization lulus. Saya amat bersyukur dapat membantu beliau.

Bill hospital yang lulus claim Rm1948.26

Elaun ward 3 hari = rm300 juga lulus.

Kepada anda yang memiliki plan medical kad standalone boleh timbang-timbang untuk convert plan kpd medical kad yg ada saving. Kerana saving ini mungkin membantu anda sekiranya satu masa anda tidak mampu untuk mencarum atas sebab-sebab tertentu.

Inginkan khidmat nasihat tentang Medical Kad terbaik. Hubungi :

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Unknown's avatar

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Home and tagged , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment