Pentingnya Medical Card dengan Annual Limit Tinggi – Kisah Sebenar Seorang Klien GL Split kepada dua

Saya ingin berkongsi satu pengalaman berharga dalam menguruskan tuntutan perubatan (claim) seorang klien yang telah menjalani pembedahan membuang tumor. Seperti kebiasaan, selepas pembedahan, doktor mencadangkan rawatan susulan — dalam kes ini, beberapa sesi rawatan radioterapi selepas melalui proses CT simulation dan treatment planning.

Apa yang menarik, anggaran kos untuk rawatan radioterapi sahaja mencecah RM18,116. Disebabkan itu, pihak syarikat telah mengeluarkan Surat Jaminan (GL) dalam dua peringkat — GL pertama dan GL kedua.

GL pertama menunjukkan amaun tidak dibayar sekitar RM8,443 kerana had tahunan (Annual Limit) asal telah digunakan sepenuhnya. Namun begitu, klien ini bijak kerana turut memiliki rider i-MEDI EXPLUS, yang menyediakan tambahan had tahunan sehingga RM1 juta. Maka, saya terus bantu memohon GL kedua untuk menampung baki kos rawatan tersebut.

Pengalaman ini membuka mata — betapa pentingnya memilih medical card yang mempunyai Annual Limit yang tinggi. Klien ini telah beberapa kali membuat tuntutan rawatan hingga melebihi RM100,000. Mujur beliau bersedia lebih awal.


Apa yang dikongsikan di sini hanyalah kos rawatan radioterapi. Belum termasuk kos pembedahan tumor dan rawatan susulan lain. Bil hospital hari ini memang tinggi, dan kita tak dapat jangka bila ujian kesihatan datang.

Alhamdulillah, semua urusan berjalan lancar dan yang paling utama — klien kini kembali sihat.
Syukur sangat-sangat dapat bantu dan jadi sebahagian dari perjalanan kesembuhan beliau.

Untuk pengetahuan semua, Great Eastern Takaful (GETB) kini menawarkan medical card dengan Annual Limit sehingga RM2 juta, memberikan perlindungan yang jauh lebih menyeluruh.

Lebih menarik, promosi khas sehingga 31 Oktober 2025 ini hadir dengan tiada tempoh menunggu (No Waiting Period) — bermaksud medical card boleh terus digunakan sebaik sahaja polisi diluluskan. Tambahan lagi, ia turut meliputi rawatan 8 jenis penyakit biasa di klinik panel, menjadikan perlindungan lebih menyeluruh dari hospital hingga ke klinik.

Harga juga sangat berpatutan — sekitar RM180 sebulan untuk golongan muda.

Jika anda ingin tahu lebih lanjut atau berminat untuk semak kelayakan, sila hubungi saya. Saya sedia bantu.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Unknown's avatar

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Home and tagged , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment