Assalamualaikum kepada semua pembaca blog yang dihormati,
Pembelian rumah merupakan satu keputusan yang sangat penting dalam kehidupan. Rumah bukan sekadar tempat berteduh, tetapi juga tempat untuk kita membina kenangan bersama insan tersayang. Oleh itu, tanggungjawab dalam memastikan bayaran pinjaman rumah dapat diselesaikan dengan baik perlu dirancang secara teliti agar tidak menjejaskan kehidupan kewangan di masa hadapan.
Pastikan anda mempunyai reserve fund atau dana simpanan sekurang-kurangnya untuk enam bulan perbelanjaan, disimpan dalam akaun kecemasan. Ini amat penting sekiranya berlaku sebarang situasi tidak dijangka seperti kehilangan pekerjaan atau kecemasan peribadi.
Selain itu, satu perkara penting yang sering diabaikan ialah risiko kehilangan upaya kekal atau kematian. Jika perkara ini berlaku, siapakah yang akan meneruskan bayaran pinjaman rumah anda? Di sinilah pentingnya pelan perlindungan seperti MLTT (Mortgage Level Term Takaful) yang berfungsi untuk melindungi pemilik rumah daripada beban hutang jika berlaku musibah.
Namun, saya dapati ramai individu yang saya temui tidak mengetahui sama ada mereka mengambil MLTT atau MRTT. Apabila ditanya tempoh pinjaman rumah, mereka boleh menjawab. Tetapi bila ditanya tempoh perlindungan MRTT, ramai yang tidak pasti. Setelah disemak dalam letter offer daripada pihak bank, tempoh pinjaman ialah 35 tahun, manakala tempoh MRTT hanya 10 tahun. Ini satu risiko yang besar.
Atas sebab itulah saya menulis artikel ini – untuk menyedarkan orang ramai agar menyemak semula dokumen pinjaman mereka. Maklumat mengenai tempoh perlindungan dan jenis takaful biasanya dinyatakan dalam surat tawaran pinjaman.
Tip berguna: Simpan semua dokumen berkaitan rumah dalam satu kotak khas bagi memudahkan pencarian di masa hadapan. Elakkan menggunakan kotak kertas kerana terdapat kes dokumen penting dimusnahkan oleh serangan anai-anai.
Di bawah ini saya sertakan satu contoh pelan MLTT dengan perlindungan sebanyak RM500,000 sehingga umur 60 tahun. Jika anda ingin melanjutkan perlindungan sehingga umur 70 tahun, penambahan bayaran hanya melibatkan beberapa ringgit sahaja.

Anda juga boleh menonton penjelasan lanjut mengenai MLTT di saluran YouTube saya. Ingat, rumah adalah tempat berlindung bagi insan yang kita sayangi. Tonton video tersebut hingga habis untuk mendapatkan maklumat yang lengkap : https://youtu.be/07I4TMps0SA?si=jDdUR3IaCBtpCpGy

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my








