Hibah memberi makna untuk isteri tersayang

Saya teringat kembali. Pada tahun 2012 saya pernah membuka booth di jabatan kerajaan. Ketika itu saya bertemu dengan seorang insan lelaki. Saya mengajak beliau untuk mencarum dalam plan takaful. Pada ketika itu bajet beliau tidak tinggi. Beliau bersetuju untuk mencarum rm50 sebulan dan plan tersebut mempunyai manfaat badal haji, hibah untuk yang tersayang dan juga ada sedikit nilai simpanan (cash value selepas 20 tahun).

Insan lelaki tersebut juga memesan kepada saya. Mohon saya bantu uruskan claim sekiranya beliau meninggal dunia. Dan beliau menamakan penerima hibah kepada isterinya.

Hujung tahun 2024 saya dimaklumkan oleh isterinya bahawa suami sedang kritikal di hospital putrajaya. Selang beberapa hari suami kembali kerahmatullah. Dengan plan takaful yang beliau sign up untuk yang tersayang, sy berjaya uruskan claim kematian. Anda boleh lihat jumlah claim ini. Walaupun tidak banyak. Tapi suami tetap menyediakan wang hibah untuk isteri yang tersayang.

Syukur saya telah menjalankan amanah dan urusan claim juga telah selesai.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Unknown's avatar

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Home and tagged , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment