MLTT auto Extension

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca yg dikasihi. Kali ini saya ingin berkongsi tentang satu manfaat yang ramai tidak tahu tentang MLTT. Pastikan anda baca sehingga habis coretan ini.

Plan I- Great Nova adalah plan yang biasa digunakan bagi tujuan MLTT. Plan ini ditawarkan oleh Great Eastern Takaful Berhad. Plan I-Great Nova ini mempunya satu ciri istimewa. Ciri tersebut adalah – Auto Extension. Ianya bermaksud lanjutan perlindungan secara automatik sehingga umur 80 atau 100.

Contoh yang mudah untuk difahami :
Ali membeli rumah ketika berumur 30 tahun dengan harga rm500k. Tempoh pinjaman Ali adalah 40 tahun. Ali membuat keputusan untuk mengambil Plan MLTT perlindungan rm500k (I-Great Nova) dengan tempoh 40 tahun. Ali membayar dengan konsistant selama 40 tahun dan akhirnya pinjaman perumahan ini habis.

Ketika pinjaman perumahan telah habis dilansaikan, Ali bercadang untuk meneruskan plan MLTT ini kerana ada ciri lanjutan perlindungan automatik sehingga umur 80. Ali berfikiran kalau berlaku meninggal dunia satu masa nanti beliau ingin hibahkan pampasan 500k tersebut kepada waris yang tercinta.

Kesimpulannya Waris akan menerima rumah yang telah habis dibayar dan wang rm500k dari plan I-Great Nova. Ali juga mempunyai pilihan untuk menutup plan MLTT sekiranya beliau ingin mengambil nilai tunai.

Panjang lebar saya telah cuba olahkan ciri auto extension ini dalam MLTT. Anda boleh tonton video https://www.youtube.com/watch?v=m4uhEdQ_mLg

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Unknown's avatar

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Home and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment