Loading Takaful (extra caruman)

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera kepada semua pembaca blog zulgreat.com

Lama juga sy tidak menulis perkongsian. Maklumlah kesibukan hujung tahun menguruskan agensi takaful. Mungkin ramai yang tidak mengetahui, sy telah berada dalam industri ini dari 2005. Di awal penglibatan saya bersama Great Eastern Life kerana ketika itu tiada lagi takaful. Pada tahun 2010 Great Eastern Takaful telah lahir, Lalu sy bersama Great Eastern Takaful sehingga ke hari ini. Total dah 19 tahun bersama Great Eastern.

Sedih bila saya melihat ada je perunding takaful yang berpindah-pindah company. Kesian kepada pelanggan yang memberi kepercayaan kepada nya. Untuk saya masih kekal teguh bersama Great Eastern.

Hari ini saya ingin berkongsi tentang pengalaman benar menguruskan sijil takaful yang terkena loading. Beberapa tahun lepas saya menguruskan satu permohonan plan takaful dan kesihatan pelanggan ketika itu ada beberapa history kesihatan. Beliau menjalani medical check up dan sy bantu untuk dapatkan laporan perubatan. Syukur akhirnya permohonan sijil takaful itu lulus, tetapi ada loading.

Kepada yang tak tahu apa itu loading, ianya adalah caruman tambahan. Saya cuba bantu sebaik mungkin menguruskan permohonan takaful tersebut dan pelanggan juga bersetuju untuk mengambil plan tersebut walaupun ada loading. Sy juga memaklumkan kepada pelanggan, selang beberapa tahun akan datang kita boleh membuat rayuan bagi mengurangkan kadar loading tersebut.

Kini pelanggan membuat rayuan dan perlu menjalani medical chek up. Dan akhirkan loading tersebut dapat dikurang 50%. Saya kongsikan surat dari GETB menyatakan pengurangan caruman dari rm125 kepada rm93.85.

Kepada anda diluar sana yang pernah terkena loading sewaktu mengambil plan takaful. Boleh cuba membuat rayuan beberapa tahun kemudian. Moga pihak company takaful mempertimbangkan semula rayuan. Hubungi agent anda bagi membantu.

Semoga perkongsian ini bermanfaat.

Zulkiffli Mohd Nur
Agensi Manager
Great Eastern Takaful
019-3321710
http://0193321710.wasap.my

Unknown's avatar

About Zulkiffli Mohd Nur

Bermula dalam industri kewangan sejak tahun 2005. Merupakan Agensi Manager dan Usahawan di bidang Takaful. Blog ini berkongsi ilmu dan pengalaman, moga memberi manfaat kepada ramai.
This entry was posted in Home and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a comment